Utusan Borneo (Sarawak)

834 lif dan 2,177 eskalator berdaftar dengan DOSH

-

Sejumlah 834 lif dan 2,177 eskalator yang beroperasi telah berdaftar dengan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja (DOSH) Sarawak.

Pengarah DOSH Sarawak Dr Nor Halim Hasan berkata, lif dan eskalator tersebut juga perlu mendapatka­n sijil perakuan kelayakan (CF) daripada pihak jabatan.

“Sijil perakuan ini sah untuk tempoh 15 bulan. Lif dan es- kalator ini perlu diperiksa dan diperakuai semula oleh DOSH apabila sijil ini hampir tamat,” ujarnya kepada pemberita kelmarin.

Sehingga 12 Disember katanya, jabatan telah mengeluark­an 26 notis kepada pemilik premis kerana gagal mematuhi Peraturan Kilang dan Jentera (Lif Elektrik untuk Penumpang-Penumpang dan Barang-barang) 1970.

Kegagalan mendaftar lif dan eskalator dengan DOSH boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 atau dua tahun penjara, sementara kegagalan mematuhi peraturan boleh dikenakan denda RM50,000 atau satu tahun penjara.

Halim berkata, dua kejadian kemalangan melibatkan penggunaan eskalator berlaku pada tahun ini.

“Siasatan kita mendapati kejadian ini berpunca dari- pada kecuaian orang awam ketika menggunaka­n eskalator,” jelasnya.

Justeru, dengan sambutan Krismas bakal tiba, beliau menasihati orang ramai agar lebih berhati- hati ketika menggunaka­n eskalator, terutama kanak-kanak.

“Kita ingin menasihat pengguna agar mematuh peraturan dan undang-undang ketika menggunaka­n eskalator,” tambah beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia