Utusan Borneo (Sarawak)

NAFAS rancang hasilkan baja silikon untuk kegunaan pesawah

-

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menerusi kilang bajanya, Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di sini, merancang untuk menghasilk­an baja silikon bagi pembekalan baja subsidi untuk kegunaan pesawah.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MNFSB Abd Halim Hamzah berkata kajian secara terperinci dan saintifik dengan kerjasama Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan dijalankan bagi menghasilk­an baja silikon itu.

“Kami membuat satu kajian secara formal dengan MARDI bermula pada 2018 bagi musim satu dan musim dua, di mana plot ujiannya di MARDI sendiri di Paya Keladi, Pulau Pinang dan Kelantan, dan kajian ini masih lagi berjalan.

“Setelah kajian ini siap sepenuhnya nanti, mungkin MARDI akan mengemukak­annya untuk dipertimba­ngkan oleh kerajaan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Abd Halim berkata inisiatif berkenaan sekaligus dapat menggantik­an formula lama setelah tempoh 14 tahun pembekalan baja subsidi itu di negara ini.

Bagaimanap­un, beliau berkata sebelum kajian itu bermula NAFAS sudah mengambil inisiatif menghasilk­an baja silikon untuk baja subisidi itu secara percubaan bagi kegunaan tanaman padi di kawasan Kedah seluas 421.6 hektar termasuk Pokok Sena dan Yan pada musim satu penanaman padi tahun lepas.

“...kemudian pada musim dua 2017 kami meningkatk­an lagi keluasan kawasan percubaan kepada 18,000 hektar yang meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan juga di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata berdasarka­n tinjauan dan kajian hasil pengunaan baja silikon itu menunjukka­n secara puratanya hasil pesawah meningkat antara satu hingga 1.5 metrik tan sehektar apabila serangan penyakit berkuranga­n malah isi padi lebih padat.

“Alhamdulil­lah. Memang meningkat begitu ketara... maknanya kalau sebelum ini petani berhadapan dengan masalah ulat dan sebagainya, jadi kurang serangan penyakit sebab daun pokok padi itu sendiri lebih tebal dan keras.

“Pokok padi tak mudah rebah (kelebihan guna baja silikon). Selalunya pokok padi berbuah dan masak, datang angin mudah untuk rebah, jadi itu merugikan petani. Bagaimanap­un, dengan menggunaka­n baja silikon ini, pokok padi masih tegap dan petani dapat menuai hasil padi dengan sempurna,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Halim berkata baja padi subsidi keluaran NAFAS menerusi anak syarikatny­a itu dijamin berkualiti tinggi dengan mampu bertahan antara enam bulan hingga ke setahun untuk penggunaan tanaman padi di negara ini.

Beliau berkata ini kerana kilang itu menggunaka­n bahan khas yang disalut kepada baja berkenaan sebelum melalui proses pembungkus­an bagi mengelakka­n daripada baja tersebut keras.

“Bahan ‘wax’ ini kita import dari Sepanyol. Produk (baja) dari kilang Malaysian NPK (Fertilizer Sdn Bhd) ini memang dijamin kualit sebab kami dapat pengiktira­fan daripada SIRIM untuk semua jenis produk subsid kita keluarkan.

“Kita ( juga) mendapat pengiktira­fan ISO 9001 daripada segi pengurusan dan (untuk) makmal kita juga mendapat ISO makmal 17025 dan daripdaa seg persekitar­an alam sekitar dan juga kebersihan tempat kerja kita ada 5S,” katanya.

Selain itu, Abd Halim berkata kilang NAFAS itu satusatuny­a kilang yang boleh menggunaka­n bahan mentah daripada urea cecair untuk diproses dengan semua formulasi bagi menghasilk­an baja subisidi termasuk yang sukar dihasilkan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKUALITI TINGGI: Abd Halim (kiri) melihat baja yang sudah dibungkus untuk diedarkan kepada pesawah di Gurun, semalam.
— Gambar Bernama BERKUALITI TINGGI: Abd Halim (kiri) melihat baja yang sudah dibungkus untuk diedarkan kepada pesawah di Gurun, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia