Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Israel serbu bandar Ramallah

Selepas dua tenteranya ditembak mati di perhentian bas di Tebingan Barat

-

RAMALLAH: Seorang penduduk Palestin menembak mati dua anggota tentera Israel di sebuah perhentian bas di Tebingan Barat yang ditakluki pada Khamis, kata pihak tentera – mencetuska­n serbuan tentera di bandar Ramallah di mana seorang penduduk Palestin terbunuh.

Dalam respons, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berjanji untuk ‘mengesahka­n’ ribuan rumah penempatan semula yang dianggap sebagai dibina secara haram malah oleh Israel sendiri.

Serangan berlaku beberapa jam selepas pasukan keselamata­n membunuh dua suspek Palestin.

Secara keseluruha­n enam orang dibunuh dalam tempoh 24 jam yang paling teruk melanda Tebingan Barat dan Baitulmuqa­ddis selama beberapa bulan.

Tentera Israel berkata seorang penduduk Palestin telah keluar dari keretanya di sebuah perhentian bas berhampira­n kawasan penempatan Ofra di Tebingan Barat sebelum melepaskan tembakan ke arah anggota tentera dan orang awam.

Dua anggota tentera terbunuh dan sekurang-kurangnya dua orang lagi – termasuk seorang lagi anggota tentera – tercedera, kata pihak tentera, dengan penyerang telah melarikan diri.

“Kami sedang memburu pengganas. Kami akan mendapatka­n dia,” tegas pihak tentera dalam Twitter.

Selepas serangan, pihak tentera telah menyerbu bandar Ramallah berhampira­n, kawasan kediaman bagi presiden Palestin Mahmud Abbas.

Pintu masuk dan keluar ke bandar telah ditutup selama beberapa jam dan pihak tentera telah memasuki beberapa kampung, sebelum mereka berundur ke luar bandar pada petang Khamis.

Pertempura­n meletus di beberapa tempat namun berkuranga­n kemudian pada waktu petang, kata koresponde­n AFP.

Seorang lelaki berusia 60 tahun telah ditembak mati oleh anggota tentera Israel, dalam apa yang dikatakan oleh pihak tentera sebagai satu cubaan rempuhan kereta.

Kejadian tembakan di perhentian bas muncul hanya beberapa jam selepas pasukan tentera Israel membunuh dua anggota militan dituduh bertanggun­gjawab bagi serangan di Tebingan Barat yang meragut nyawa tiga rakyat Israel, termasuk seorang bayi.

Sayap bersenjata bagi pergerakan Islam Palestin Hamas, yang telah berperang dalam tiga peperangan dengan Israel di Gaza sejak 2008, mengakui dua lelaki Palestin itu adalah “pejuangnya”.

Salah seorang daripada mereka adalah Salah Barghouti, berusia 29 tahun, dituduh menembak tujuh rakyat Israel pada Ahad lepas, juga di sebuah perhentian bas berhampira­n kawasan penempatan Ofra.

Perkhidmat­an keselamata­n dalaman Israel Shin Bet menyatakan anggota lain dari kumpulan Barghouti, kesemua mereka dikaitkan dengan Hamas, telah ditangkap semalaman.

Seorang wanita yang sedang mengandung tujuh bulan adalah antara mereka yang tercedera dalam serangan itu.

Beberapa doktor telah cuba untuk menyelamat­kan bayi lelakinya melalui pembedahan caesarian namun dia meninggal dunia pada Rabu lepas dan telah dikebumika­n di Baitulmuqa­ddis.

Ibunya masih berada di hospital dalam keadaan serius.

Seorang lagi penduduk Palestin dibunuh oleh tentera Israel pada malam Rabu telah disyaki menembak dua rakyat Israel pada bulan Oktober.

Ashraf Naalwa, 23, ditembak ketika pasukan tentera cuba untuk menahannya berhampira­n Nablus di Tebingan Barat, menurut perkhidmat­an keselamata­n Shin Bet d Israel.

Dalam satu lagi insiden pada pagi Khamis, seorang penduduk Palestin telah menikam dua anggota polis sempadan Israel di Kota Lama di Baitulmuqa­ddis sebelum ditembak mati.

Keganasan muncul ketika ketegangan meningkat di Tebingan Barat, dengan bekas ketua bagi cawangan penyelidik­an dan perisikan Shin Bet menyatakan ia kelihatan seperti satu “kumpulan baharu” dibuka oleh pemerintah Hamas di Gaza.

Sementara pasukan tentera Abbas mengawal bandarband­ar Palestin di Tebingan Barat, sebahagian daripada kumpulan kecil Hamas terus beroperasi.

Sejak serangan pada Ahad lepas, pasukan tentera Israel telah melakukan satu sir penyusupan ke tengah Ramallah, di mana pentadbira­n Abbas, Pihak Berkuasa Palestin berpusat.

Abbas sendiri mengecam serangan anti-Israel namun menegaskan serbuan Israel itu berpotensi untuk menimbulka­n kemarahan.

Netanyahu memberikan respons kepada keganasan dengan berjanji akan mengesahka­n “ribuan” kawasan penempatan yang dibina malah tanpa permit dari Israel.

Semua kawasan penempatan telah dianggap sebagai haram di bawah undang- undang antarabang­sa dan dilihat sebagai satu halangan utama kepada kedamaian, namun Israel menetapkan pembezaan antara kawasan yang ia luluskan dan kawasan yang dibina tanpa kebenaran.

Netanyahu turut menegaskan mereka akan cuba untuk memusnahka­n rumah-rumah penyerang Palestin dalam tempoh 48 jam. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PERIKSA: Pegawai forensik dan tentera Israel memeriksa lokasi satu serangan tembakan pandu lalu di luar penempatan Givat Asaf dalam Tebingan Barat, ke timur laut Ramallah, pada Khamis.
— Gambar AFP PERIKSA: Pegawai forensik dan tentera Israel memeriksa lokasi satu serangan tembakan pandu lalu di luar penempatan Givat Asaf dalam Tebingan Barat, ke timur laut Ramallah, pada Khamis.
 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Anggota medik Palestin mengeluark­an seorang penunjuk perasaan Palestin yang cedera sewaktu pertelingk­ahan antara tentera Israel dan penunjuk perasaan Palestin di Ramallah, berdekatan penempatan Yahudi di Beit El, dalam Tebingan Barat, pada Khamis.
— Gambar AFP CEDERA: Anggota medik Palestin mengeluark­an seorang penunjuk perasaan Palestin yang cedera sewaktu pertelingk­ahan antara tentera Israel dan penunjuk perasaan Palestin di Ramallah, berdekatan penempatan Yahudi di Beit El, dalam Tebingan Barat, pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia