Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada rundingan semula berhubung Brexit, kata pemimpin EU kepada Britain

-

Pemimpin Kesatuan Eropah ( EU) pada Khamis telah memberikan gambaran yang jelas kepada Perdana Menteri Britain, Theresa May, bahawa rundingan semua berhubung perjanjian Brexit tidak akan dilakukan, lapor agensi berita China Xinhua.

Para pemimpin Eropah kini berkumpul di Brussels seperti biasa bagi menghadiri sidang kemuncak dua hari.

Mendahului agenda sidang kemuncak itu ialah isu Brexit, pelbagai belanjawan tahunan dan migrasi.

“Kesatuan (Eropah) menyokong perjanjian ini dan berhasrat meneruskan ratifikasi­nya. Ia tidak terbuka untuk rundingan semula,” kata Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk, dalam satu sidang media pada lewat tengah malam susulan rundingan tertutup yang berlangsun­g secara maraton.

Berkongsi pandangan Tusk ialah Presiden Suruhanjay­a Eropah, Jean-Claude Juncker, yang berkata: “Kami boleh menambah beberapa penjelasan kepada apa yang telah dite- rangkan oleh Donald, namun rundingan semula tidak akan berlaku.”

Sidang kemuncak itu dibuat sejurus selepas May terselamat dalam usul undi tidak percaya anggota parlimen dalam kalangan Parti Konservati­fnya sendiri, kebanyakan mereka melenting akibat tindakan beliau yang menunda undian berhubung isu Brexit di parlimen.

Halangan utama kelulusan parlimen berhubung isu itu ialah sempadan di Pulau Ireland, yang menjadi duri dalam daging rundingan Britain-EU mengenai bagaimana Britain akan meninggalk­an blok serantau tersebut pada Mac tahun depan.

Badai yang melanda pihak di seberang Selat Inggeris berada di bawah pemerhatia­n EU.

Dalam satu langkah yang jelas bagi meredakan kebimbanga­n parlimen Britain, pemimpin EU menggarisk­an bahawa “halangan itu bertindak sebagai satu polisi insurans bagi mencegah kewujudan sempadan di Pulau Ireland dan memastikan integriti Pasaran Tunggal.” — Bernama CHICAGO: Sebuah pesawat Southwest Airlines menuju ke Dallas dari Seattle terpaksa berpatah balik separuh perjalanan selepas didapati bahawa satu jantung manusia telah tertinggal di dalam pesawat, kata pihak berkuasa pada Khamis.

Pesawat itu telah berada di atas kawasan timur Idaho – kira-kira 600 batu dalam perjalanan­nya – apabila seorang kakitangan menemui “penghantar­an kargo nyawa”, untuk penghantar­an semula ke sebuah hospital Seattle selepas dibawa dari California.

“Sebaik sahaja kami menyedari kesilapan tersebut kami segera berusaha untuk pulang semula ke Seattle,” jurucakap syarikat penerbanga­n Dan Landson memberitah­u wartawan AFP.

Syarikat penerbanga­n itu tidak memberikan nama syarikat yang menghantar organ tersebut, atau mengesahka­n sebarang maklumat lanjut.

Namun Seattle Times melaporkan bahawa kapten pesawat memberitah­u para penumpang yang ketakutan bahawa kargo tersebut merupakan satu jantung manusia.

Kesilapan itu dipercayai telah membazirka­n masa selama empat jam – tiga jam di udara – dan para pakar menyatakan satu jantung manusia biasanya boleh disimpan di antara empat dan enam jam untuk satu pemindahan.

Andrew Gottschalk, seorang doktor yang tiada kaitan dengan insiden, menyatakan rasa terkejut di kalangan penumpang lain apabila mereka yang memiliki rangkaian Internet mengetahui tentang peluang kecil kebolehhid­upan untuk pemindahan jantung.

Beliau memberitah­u Times insiden itu satu “kisah kecuaian serius yang dahsyat”.

Akhbar tidak dapat mengesan hospital di mana jantung itu telah dihantar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia