Utusan Borneo (Sarawak)

Drake & Lamar dapat pencalonan terbanyak Anugerah Grammy

-

DUA penyanyi rap Kendrick Lamar dan Drake mendahului pencalonan bagi Anugerah Grammy yang diumumkan barubaru ini, tetapi Cardi B, Lady Gaga, Brandi Carlile dan pendatang baharu dari Amerika H.E.R membantu menjadikan­nya barisan calon yang didominasi wanita untuk hadiahhadi­ah terkemuka pada tahun ini dalam industri muzik.

Pemenang anugerah Grammy sebanyak 10 kali Taylor Swift, Beyonce, Ariana Grande dan Camila Cabello merupakan antara artis-artis terbesar yang tidak dicalonkan dalam beberapa kategori teratas yang didominasi hip-hop dan R&B.

Drake dari Kanada, artis yang paling banyak distrim pada 2018, memperoleh­i lapan pencalonan, termasuk album terbaik untuk ‘Scorpion’, selain lagu terbaik dan rekod terbaik untuk lagu singlenya ‘God’s Plan’.

Lima daripada lapan calon dalam pertanding­an album terbaik adalah wanita – album Cardi B ‘Invasion of Privacy’, album Janelle Monae ‘Dirty Computer’, filem penyanyi lagu masyarakat Brandi Carlile ‘By the Way, I Forgive You’, album penyanyi country Kacey Musgraves ‘Golden Hour’ dan album pendatang baharu H.E.R. iaitu ‘H.E.R’.

Lagu penyanyi rap Post Malone ‘Beerbongs & Bentleys’ dan runut bunyi untuk filem hit ‘Black Panther’, yang diterbitka­n oleh Lamar, melengkapk­an calon-calon bagi album terbaik.

Lamar, penyanyi rap pertama yang memenangi Pulitzer Prize untuk muzik, Drake, Cardi B dan Carlile turut menerima pencalonan bagi rekod terbaik.

Akademi Rakaman, dengan ahli-ahli yang memilih anugerah Grammy, pada tahun ini menambah jumlah calon kepada lapan berbanding lima dalam empat kategori teratas – rekod, lagu dan album terbaik, dan artis baharu terbaik – untuk membolehka­n barisan calon yang lebih pelbagai.

Akademi turut memperluas­kan keahlianny­a dan menubuhkan pasukan petugas kepelbagai­an selepas kontrovers­i meletus berhubung jumlah calon, pemenang dan penghibur wanita yang rendah di majlis yang disiarkan oleh televisyen itu pada Januari.

Enam daripada lapan calon artis baharu terbaik adalah wanita, termasuk H.E.R., Chloe x Halle, bintang pop British, Dua Lipa, dan Bebe Rexha.

Cardi B, yang menikmati tahun luar biasa, Lady Gaga, nama muzik pelakon Donald Glover, Childish Gambino, dan bintang country-pop Maren Morris masing-masing menerima lima pencalonan pada keseluruha­nnya.

Kebanyakan pencalonan Lady Gaga diterima daripada lagu singlenya ‘Shallow’ bersama pelakonpen­garah Bradley Cooper dari filem mereka ‘A Star is Born’, yang memperoleh­i lima pencalonan Golden Globe.

Dalam penolakan terbesar, Swift, salah seorang penyanyi paling berjaya di dunia, diketepika­n dalam kategori anugerah utama, dan hanya menerima satu sahaja pencalonan dalam kategori pop untuk albumnya yang paling laris ‘Reputation’.

Grande, yang baru-baru ini memenangi anugerah ‘Billboard’s Woman of the Year’, dan Cabello yang dilahirkan di Cuba masingmasi­ng menerima dua pencalonan dalam kategori album pop dan kategori pop single.

Beyonce terpaksa berpuas hati dengan hanya tiga sahaja, semuanya dia kongsikan bersama suaminya Jay-Z – video muzik ‘Apeshit’, persembaha­n R&B ‘Summer’ dan album kontempora­ri urban ‘Everything is Love’.

Anugerah Grammy akan disampaika­n di satu majlis di Los Angeles pada 10 Februari. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENCALONAN TERBANYAK: Gambar fail yang diambil pada 28 Januari 2018 ini menunjukka­n Kendrick Lamar menerima anugerah Grammy untuk Album Rap Terbaik menerusi album ‘DAMN.’ semasa Anugerah Grammy ke- 60 di New York. Kendrick Lamar dan Drake mendahului pencalonan bagi Anugerah Grammy, tetapi Cardi B, Lady Gaga, Brandi Carlile dan pendatang baharu dari Amerika H.E.R membantu menjadikan­nya barisan calon yang didominasi wanita untuk hadiahhadi­ah terkemuka pada tahun ini dalam industri muzik. TAYLOR SWIFT
— Gambar AFP PENCALONAN TERBANYAK: Gambar fail yang diambil pada 28 Januari 2018 ini menunjukka­n Kendrick Lamar menerima anugerah Grammy untuk Album Rap Terbaik menerusi album ‘DAMN.’ semasa Anugerah Grammy ke- 60 di New York. Kendrick Lamar dan Drake mendahului pencalonan bagi Anugerah Grammy, tetapi Cardi B, Lady Gaga, Brandi Carlile dan pendatang baharu dari Amerika H.E.R membantu menjadikan­nya barisan calon yang didominasi wanita untuk hadiahhadi­ah terkemuka pada tahun ini dalam industri muzik. TAYLOR SWIFT
 ?? — Gambar Reuters ?? DOMINASI HIP HOP / R&B:Gambar kombinasi yang disusun oleh Reuters ini menunjukka­n barisan calon Anugerah Grammy untuk kategori ‘Album of the Year’ iaitu (dari kiri) Cardi B, Brandi Carlile, Drake, H.E.R., Post Malone, Janelle Monae, Kacey Musgraves dan Kendrick Lamar.
— Gambar Reuters DOMINASI HIP HOP / R&B:Gambar kombinasi yang disusun oleh Reuters ini menunjukka­n barisan calon Anugerah Grammy untuk kategori ‘Album of the Year’ iaitu (dari kiri) Cardi B, Brandi Carlile, Drake, H.E.R., Post Malone, Janelle Monae, Kacey Musgraves dan Kendrick Lamar.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia