Utusan Borneo (Sarawak)

Francess Clare MUNCUL juara ‘Miss Tiny Tot Boulevard 2018’

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Francess Clare Lim Syn dinobatkan sebagai juara ‘Miss Tiny Tot Boulevard 2018’ pada peringkat akhir pertanding­an itu yang berlangsun­g di pusat belibelah Boulevard di sini semalam.

Kemenangan itu melayakkan Francess membawa pulang hadiah berupa baucar Boulevard Hypermarke­t bernilai RM2,000, tiara, jubah, tongkat, selempang, trofi, sijil penghargaa­n, baucar penginapan di Hotel Imperial, hamper Princess Club, set cadar tilam, beg sekolah troli, bagasi, basikal dan sejambak bunga.

Hadiah untuk juara Miss Tiny Tot Boulevard 2018 disampaika­n Pengarah Urusan Boulevard Hypermarke­t Dennis Lee Sing Onn.

Naib juara dan tempat ketiga masing- masing disandang Bernice Cham Wan Xuan dan Dayang Alwina Iriyana AbangAbdul Rahim.

Bernice memenangi hadiah berupa baucar Boulevard Hypermarke­t bernilai RM1,500, selempang, trofi, sijil penghargaa­n, baucar penginapan di Hotel Imperial, set cadar tilam, beg sekolah troli, ham- per Princess Club dan sejambak bunga.

Manakala Dayang Alwina membawa pulang hadiah berupa baucar Boulevard Hypermarke­t bernilai RM 1,000, selempang, trofi, sijil penghargaa­n, baucar penginapan di Hotel Imperial, set cadar tilam, beg sekolah troli, hamper Princess Club dan sejambak bunga.

Bagi hadiah sagu hati pula, tujuh pemenang yang berentap pada pertanding­an akhir itu masing-masing membawa pulang hadiah berupa baucar Boulevard Hypermarke­t bernilai RM300, trofi, sijil penghargaa­n dan hamper Pureen.

Sementara itu, Boulevard ‘Miss Photogenic 2018’ menjadi milik Candice Lau dengan membawa hadiah baucar Boulevard Hypermarke­t bernilai RM500, hamper Princess Club, ‘16R Winning Photograph­y with frame’, bantal dan sijl penghargaa­n.

Boulevard ‘ Miss Talent 2018’ dan Boulevard ‘Miss Popular 2018’ masing-masing dimenangi Eva Claudine Austine Buma dan Beberly Sii Yi Xuan.

Eva membawa pulang hadiah baucar Boulevard Hypermarke­t bernilai RM200, sijil penghargaa­n, bantal dan hamper Princess Club manakala Beberly menerima hadiah berupa bagasi, selimut, bantal dan sijil penghargaa­n.

Seramai 10 kanak- kanak berusia empat hingga lima tahun berentap pada peringkat akhir untuk Pertanding­an Miss Tiny Tot Boulevard 2018 yang dianjurkan Boulevard Shopping Mall, Boulevard Hypermarke­t Kuching dengan kerjasama Phil Art Photograph­y dan Beat Dance & Vocal Studio.

Objektif penganjura­n pertanding­an adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerka­n bakat masing-masing.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dennis merakam kenangan bersama semua peserta akhir Pertanding­an ‘Miss Tiny Tot Boulevard 2018’ di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Dennis merakam kenangan bersama semua peserta akhir Pertanding­an ‘Miss Tiny Tot Boulevard 2018’ di Kuching, semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Dennis menyampaik­an hadiah kepada Francess iaitu juara ‘Miss Tiny Tot Boulevard 2018’ di Kuching, semalam.
TAHNIAH: Dennis menyampaik­an hadiah kepada Francess iaitu juara ‘Miss Tiny Tot Boulevard 2018’ di Kuching, semalam.
 ??  ?? BERBAKAT: Antara peserta yang membuat persembaha­n pada Pertanding­an ‘Miss Tiny Tot Boulevard 2018’ bagi peringkat akhir di Kuching, semalam.
BERBAKAT: Antara peserta yang membuat persembaha­n pada Pertanding­an ‘Miss Tiny Tot Boulevard 2018’ bagi peringkat akhir di Kuching, semalam.
 ??  ?? SAMPINGAN: Candice menerima hadiah untuk gelaran ‘Miss Boulevard Miss Photogenic 2018’ pada Pertanding­an Miss Tiny Tot Boulevard 2018 di Kuching, semalam
SAMPINGAN: Candice menerima hadiah untuk gelaran ‘Miss Boulevard Miss Photogenic 2018’ pada Pertanding­an Miss Tiny Tot Boulevard 2018 di Kuching, semalam
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia