Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Sumber Manusia siasat kejadian libatkan enam maut di Ipoh

-

Kementeria­n Sumber Manusia akan menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustr­ian Puncak Jelapang Maju, Meru, yang meragut enam nyawa, Selasa lepas.

Timbalan menteri berkenaan Datuk Mahfuz Omar berkata siasatan itu termasuk tindakan menggaji pekerja di bawah umur atau pelajar sekolah.

“Jika pekerjaan yang membabitka­n pelajar sekolah atau di bawah umur, tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK), itu satu kesalahan di bawah Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966.

“Ada tempat yang dibolehkan kanak-kanak dan orang muda ini bekerja, contoh di tempat membantu perniagaan keluarga mereka, tetapi tidak boleh kalau perniagaan di tempat yang boleh mencemarka­n moral mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Karnival Kerjaya sempena Karnival Usahawan dan Hartanah di sini semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan bagi mengawal pelajar sekolah atau bawah umur bekerja.

Mahfuz berkata kementeria­nnya akan memaklumka­n perkembang­an kes itu selepas mendapat laporan lengkap dari Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Difahamkan mereka yang maut dalam kejadian itu terdiri daripada P.Thiagaraju­n, 40, yang dipercayai pemilik premis dan lima pekerja sambilan iaitu Mohd Nor Aiman Abdul Rahman, 16; Mohamad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohd Ikhmal Izzudin Mohd Kamari, 16; Ahmad Faizal Amiruddin, 16, serta Mohamad Azhar Shah Rosli, 19.

Mengenai karnival kerjaya tersebut, Mahfuz berkata majikan digalakkan menjenamak­an semula jawatan yang ditawarkan supaya mampu menarik minat masyarakat.

“Sebagai contoh, kalau sebelum ini jawatan tersebut dinamakan operator pengeluara­n tetapi syarikat di sini tadi meletakkan ‘pakar pengeluara­n’ dan ini seperti satu pengiktira­fan kepada orang yang memohon kerja melambangk­an mereka itu cekap,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Mahfuz berkata mulai tahun hadapan JTK akan mengadakan karnival kerjaya di daerah atau pekan kecil bagi memudahkan orang ramai memohon pekerjaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia