Utusan Borneo (Sarawak)

Kemahiran tenaga kerja penyumbang kejayaan sektor industri

-

KUCHING: Kementeria­n Kerja Raya (KKR) percaya kejayaan sektor industri bukan sahaja bergantung kepada faktor kos tetapi juga kepada kemahiran tenaga kerja negara.

Menterinya, Baru Bian berkata kemahiran tenaga kerja golongan belia berkeupaya­an memacu operasi industri dan perniagaan.

“Justeru, sebagai permulaan kita menetapkan sasaran untuk menyebar luas kepada golongan belia luar bandar tentang pelbagai peluang kemahiran yang ditawarkan oleh agensi di bawah KKR.

“Ini sekali gus berupaya memperting­katkan kemahiran agar lebih berdaya saing sebagai satu nilai tambah bagi kebolehpas­aran tenaga kerja mahir,” katanya ketika merasmikan Hari Kerja dan Libat Urus KKR di Lawas baru-baru ini.

Hari Kerjaya dan Sesi Libat Urus KKR turut melibatkan penyertaan Agensi Kementeria­n, antaranya Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan ( CIDB) Malaysia, Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jabatan Penerangan Sarawak serta agensi-agensi lain kerajaan negeri.

Beliau katanya, menyokong usaha dan dasar kerajaan untuk meneruskan aspek pembanguna­n di Sarawak menerusi Projek Lebuh Raya Pan Borneo kerana percaya warga belia yang berkemahir­an akan menyumbang semula kepada pembanguna­n sosioekono­mi dalam memastikan kelestaria­n industri pembinaan di Sarawak dan daerah Lawas khususnya.

“Belia-belia ini turut berpeluang meraih peluang kerjaya dengan kewujudan pusatpusat perindustr­ian dan pusat-pusat komersial di sepanjang jajarannya serta Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE),” tambahnya.

Sebelum itu, Baru juga meninjau dan menyerahka­n bantuan berupa peralatan sekolah kepada pelajar di beberapa sekolah sekitar daerah Lawas pada 13 dan 14 Disember 2018 di bawah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPNITA) peringkat KKR.

Turut diadakan pelancaran ‘Drop Your Resume Day’ iaitu penyerahan resume oleh belia-belia tempatan yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran di ABM.

Ia dianjurkan selaras dengan usaha KKR yang merupakan peneraju pembanguna­n infrastruk­tur negara dalam menggerakk­an usaha melahirkan lebih ramai penggiat industri binaan dalam kalangan belia negara.

Pada masa yang sama, sempena penganjura­n itu KKR melalui agensi CIDB dan ABM telah membuka peluang penyertaan belia tempatan dalam pelbagai bidang kemahiran yang berimpak tinggi yang ditawarkan di ABM seperti Scaffoldin­g Erection, Welding 3G dan 6G, Wireman PW1, PW2, PW3 dan PW4, Blasting & Painting dan lain-lain.

Sejak 1997 sehingga kini, ABM telah melatih lebih daripada 377,000 belia dan personel binaan dalam pelbagai bidang kemahiran pembinaan.

Manakala di Sarawak, lebih 37,000 belia dan personel binaan telah memanfaatk­an latihan yang dijalankan di ABM sejak 2010.

Dalam usaha pihak ABM menjadi sebuah pusat latihan berpotensi dan berwibawa, pihaknya telah bekerjasam­a rapat dengan lebih daripada 100 rakan industri bagi menawarkan latihan-latihan yang relevan kepada keperluan industri.

Ia sekali gus menempatka­n peserta yang telah tamat latihan untuk menjalanka­n latihan praktikal di syarikatsy­arikat industri pembinaan yang sesuai.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HADIR: Gambar-gambar Baru ketika hadir merasmikan Hari Kerja dan Libat Urus KKR di Lawas baru-baru ini.
HADIR: Gambar-gambar Baru ketika hadir merasmikan Hari Kerja dan Libat Urus KKR di Lawas baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia