Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin PH, AMANAH perlu henti tuding jari kelemahan kerajaan dahulu

-

Pemimpin Pakatan Harapan ( PH) termasuk kepimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH) perlu berhenti menuding jari terhadap kelemahan kerajaan terdahulu.

Pengerusi AMANAH Pasir Salak Dr Muhaimin Sulam berkata kerajaan sebaliknya perlu mengemukak­an dasar dan pendekatan konstrukti­f yang meyakinkan rakyat tanpa memberikan harapan serta impian kosong kepada rakyat.

“AMANAH Pasir Salak berasakan politik kita terlalu obses dengan keghairaha­n kita menumbangk­an raksasa, dinasour yang memerintah selama 60 tahun, dan masih menyebut kesalahan, kelemahan mereka.

“Kita sudah masuk bulan keenam, kita sebagai kerajaan perlu tunjuk kita adalah kerajaan yang mampu menyelesai­kan beban masalah kerajaan masa dahulu,” katanya ketika membentang­kan usul ekonomi pada Konvensyen Amanah Nasional 2018 di sini semalam.

Beliau turut mengusulka­n agar satu pendekatan ekonomi yang konstrukti­f dan berskala jangka panjang diadakan oleh pimpinan kerajaan PH.

“Menteri kewangan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, menteri kabinet dan pegawai kerajaan mesti membuat pendekatan ini bagi meyakinkan rakyat bahawa mereka bersama dengan rakyat membina suatu negara bangsa baharu.

“Agenda memperkuku­hkan ekonomi peribumi terus dijadikan agenda teras pembinaan semula negara tanpa menafikan hak kaum-kaum lain,” katanya.

Terdahulu, ketika per- bahasan Pidato Presiden, perwakilan dari Kedah, Ridzwan Abu Bakar mengingatk­an AMANAH supaya mendengar suara rakyat dan pemimpin khususnya perlu sentiasa bersama-sama rakyat yang mempunyai kuasa untuk menaikkan dan menjatuhka­n mereka.

“Jangan lupa UMNO jatuh kerana rakyat, rakyat tidak mahu tahu kita makan apa, kereta apa yang kamu pakai tetapi rakyat mahu tahu apa yang mereka dapat. Kena buktikan kita bersama-sama rakyat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia