Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern beraksi tiga perlawanan terakhir tanpa kelibat Robben

-

Pemain sayap veteran Arjen Robben tidak akan bermain dalam tiga perlawanan terakhir Bayern Munich pada 2018 kerana kecederaan kaki, juara bertahan Bundesliga itu mengesahka­n kelmarin.

Robben, yang berusia 35 tahun pada Januari depan dan sudah mengumumka­n bahawa ini adalah musim terakhirny­a bersama Bayern, tidak bermain dalam lima daripada tujuh perlawanan terakhir bersama gergasi Bavaria itu, yang menduduki tempat ketiga dalam carta liga dan berada sembilan mata di belakang pendahulu, Borussia Dortmund.

Ketua jurulatih Niko Kovac mahu memberi masa kepada penyerang lincah itu untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan kaki sebelum latihan bersambung menjelang perlawanan pertama Bayern pada 18 Januari 2019 di Hoffenheim.

“Risiko adalah terlalu hebat bahawa sesuatu akan berlaku, jadi dia akan dirawat supaya dia cergas semula dan bersedia untuk 4 Januari (apabila latihan bersambung),” jelas Kovac.

“Kita akan memberikan waktu rehat yang dia perlukan – ia tidak guna jika dia mengalami kecederaan yang serius.”

Robben tidak menyertai kunjungan semalam ke kelab kedua tercorot Hanover 96, perlawanan di tempat sendiri pada Rabu menentang RB Leipzig diikutu lawatan ke Eintracht Frankfurt, kali pertama Kovac kembali ke kelab lamanya, pada 22 Disember sebelum cuti musim salji selama sebulan bermuka bag Bundesliga.

Kovac mahukan maksimum sembilan mata daripada tiga perlawanan dalam masa tujuh hari bagi memastikan jurang di belakang Dortmund tidak semakin besar.

“Kami perlu menggunaka­n segalanya yang ada untuk meneruskan tekanan,” kata Kovac, yang menyatakan barisan kesebelasa­n utama akan menyaksika­n perubahan.

Tanpa Robben, Serge Gnabry dijangka akan bermain d sayap kanan, tetapi Kingsley Coman kini sudah pulih daripada kecederaan buku lal kedua pada 2018 dan merebut tempat selepas dia membuktika­n prestasiny­a sebagai pemain gantian dengan gol ketiga Bayern dalam keputusan ser 2-2 pada Rabu lepas di Ajax.

Demikian juga Mats Hummels merebut tempat di bahagian pertahanan tengah dan boleh menggantik­an Jerome Boateng, yang memberikan tendangan penalti dalam keputusan seri di Ajaz, Amsterdam.

Kovac turut menepis perbezaan pendapat dengan pengarah sukan Hasan Salihamidz­ic berhubung prestasi di Amsterdam apabila Bayern dibolosi tiga gol pada separuh masa kedua — AFP

 ??  ?? ROBBEN
ROBBEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia