Utusan Borneo (Sarawak)

Naik taraf litar gokart untuk dijadikan produk sukan pelanconga­n baharu

-

Penganjura­n perlumbaan gokart bertaraf antarabang­sa di Sarawak berpotensi menjadi produk pelanconga­n sukan terbaharu negeri ini.

Pelumba gokart profesiona­l kelahiran Sarawak, Freddy Lawan berkata untuk merealisas­ikannya Sarawak perlu mempunyai trek lumba lengkap dengan fasiliti bertaraf dunia antarabang­sa untuk menarik minat peserta dari luar negara.

Menurutnya, perlumbaan gokart telah lama menjadi industri yang menjana pulangan lumayan kepada negaranega­ra dari Asia dan Eropah memiliki trek lumba.

Katanya, di China sendiri terdapat lebih 400 trek lumba gokart dibina kerana penganjur menyedari potensi besar boleh dibawa sukan itu.

“Semasa perlumbaan di Macau, saya ada berbincang dengan pengurus perlumbaan Kejohanan Terbuka Karting Asia (AKOC). Mereka bersetuju membawa perlumbaan itu di Kuching jika kita mempunyai trek bertaraf antarabang­sa.

“Bayangkan berapa banyak pulangan Sarawak perolehi dengan kedatangan ramai pelumba luar negara. Kebiasaann­ya pelumba-pelumba ini datang membawa krew besar termasuk penyokong mereka.

“Ini pasti mendatangk­an pulangan lumayan kepada pelbagai sektor seperti penerbanga­n, perhotelan, pengangkut­an dan sebagainya,” kata Freddy pada sidang media di sini semalam.

Menurut beliau, penganjura­n perlumbaan gokart antarabang­sa juga seiring dengan seruan kerajaan negeri mahu membawa pelbagai kejohanan antarabang­sa di Sarawak dalam usaha memacukan industri pelanconga­n sukan negeri ini.

Katanya, ini secara tidak langsung meletakkan nama Sarawak khususnya Bandar raya Kuching dalam peta dunia.

“Semasa menyertai perlumbaan di Eropah sebelum ini, ramai pelumba di sana tidak mengetahui di mana letaknya Kuching atau Sarawak.

“Namun, jika Kuching menjadi salah sebuah pusat penganjura­n perlumbaan gokart dunia, ia mendedahka­n Sarawak khususnya bandar raya ini kepada dunia luar,” ujarnya.

Menurut Freddy, setiap tahun terdapat tiga perlumbaan gokart antarabang­sa dianjurkan secara bersiri iaitu AKOC, Cabaran Asia X30 dan Cabaran Rotax Max.

Ketiga-tiga perlumbaan itu sentiasa dinanti-nantikan pelumba-pelumba gokart antarabang­sa dari seluruh dunia.

Katanya, trek lumba itu juga boleh menjadi fasiliti pelbagai guna di mana selain untuk menganjurk­an perlumbaan gokart juga boleh digunakan untuk perlumbaan ‘cub prix’ atau ‘pocket bike’.

Malah, pihaknya juga bercadang menubuhkan akademi gokart bagi memberi pendidikan awal kepada pelajarpel­ajar sekolah rendah, menegah dan orang awam berminat menjadi pelumba.

“Melalui inisiatif ini, kita dapat mengurangk­an gejala sosial merempit kalangan belia dan memberi peluang kepada mereka mempamerka­n bakatbakat di landasan yang tepat dan lebih selamat,” katanya.

Freddy kembali semula ke litar lumba selepas berehat hampir setahun dengan menyertai perlumbaan AKOC di Sirkit Kartrodome de Coloane, Macau berlangsun­g dari 6 hingga 9 Disember lalu.

Pada perlumbaan itu, beliau berjaya menaiki podium selepas menduduki tempat keempat dalam kategori veteran dan ketiga secara keseluruha­n (gabungan kategori master dan veteran).

“Saya bermula dengan baik dalam perlumbaan saringan dengan menduduki tempat kedua dalam saringan pertama, kedua dan ketiga.

“Pada perlumbaan fina sebanyak 10 pusingan, saya bermula dengan baik dan berjaya menduduki tempat kedua sebelum musibah berlaku d mana salah seorang pelumba menghentam jentera saya dar belakang.

“Ekoran hentaman itu, saya hilang kawalan dan ketinggala­n jauh ke kedudukan ke-14 Namun, ia tidak mematahkan semangat saya dan berjaya bangkit mengatasi satu persatu pelumba untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat,” katanya.

Perlumbaan itu dimenang pelumba dari China, Leung Wai Ming, tempat kedua pelumba dari Hong Kong, Tan Yuk Ho, tempat ketiga Valentino E Mora dari Filipina dan tempat kelima Rommel D Herce juga dari Filipina.

Mengenai perancanga­n tahun depan, Freddy berkata beliau akan menyertai perlumbaan X30 di Singapura dijadual berlangsun­g pertengaha­n Januari dan seterusnya ke Filipina menyertai perlumbaan AKOC.

 ??  ?? RAI KEJAYAAN: Freddy (dua kanan) meraikan kejayaan di atas podium bersama (dari kiri) Tan, Leung Valentino dan Rommel.
RAI KEJAYAAN: Freddy (dua kanan) meraikan kejayaan di atas podium bersama (dari kiri) Tan, Leung Valentino dan Rommel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia