Utusan Borneo (Sarawak)

Enam anggota separa tentera terbunuh dalam serangan di Pakistan

-

Kelmarin sekurang- kurangnya enam anggota separa tentera telah terkorban apabila konvoi mereka diserang oleh penyerang bersenjata yang tidak dikenali di wilayah barat daya Pakistan, Balochista­n, menurut pihak berkuasa.

Insiden berlaku di daerah pergununga­n jauh Kech di mana anggota tentera dari separa tentera Frontier Corps (FC) telah melakukan satu rondaan rutin.

“Enam anggota FC telah mati syahid sementara 14 lagi tercedera dalam serangan senjata,” Zahoor Buledi, menteri maklumat wilayah, memberitah­u AFP.

Seorang jurucakap bagi Baluch Liberation Army ( BLA), sebuah kumpulan militan pemisah dari wilayah Balochista­n, mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan itu.

Wilayah Ba Balochista­n yang kaya dengan bahan mineral bersempada­n dengan Afghanista­n dan Iran serta merupakan kawasan bagi keganasan etnik, Islamis dan politik.

China sedang melabur di kawasan di bawah satu projek bernilai $54 bilion dikenali sebagai Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC), menaik taraf infrastruk­tur, tenaga dan perhubunga­n pengangkut­an di antara wilayah barat jauhnya Xinjiang dan pelabuhan Gwader di Pakistan.

Ribuan anggota tentera separa tentera telah dikerahkan di beberapa kawasan bermasalah di negara ini bagi melakukan pemeriksaa­n dan bagi membantu pihak polis dalam mengekalka­n peraturan dan undang-undang.

Keganasan di Pakistan telah menurun dengan ketara sejak serangan militan yang paling berdarah di negara ini, satu serangan ke atas sebuah sekolah di bandar barat laut Peshawar pada 2014 yang mengorbank­an lebih dari 150 orang, kebanyakan mereka adalah kanak-kanak. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia