Utusan Borneo (Sarawak)

Belgium akan jadikan Malaysia sebagai penanda aras dalam e-dagang

-

Belgium, yang baru- baru ini bekerjasam­a dengan Alibaba Group Holding Ltd untuk mewujudkan sebuah hab perdaganga­n di bawah inisiatif Platform Perdaganga­n Dunia Elektronik ( eWTP), ingin menjadikan Malaysia sebagai penanda aras.

Malaysia adalah hab e-dagang pertama Alibaba di luar China.

Duta Besar Belgium ke Malaysia, Pascal H. Gregoire berkata, Belgium lebih berminat dengan inisiatif e-dagang selepas Malaysia melancarka­n hab eWTPnya dengan Alibaba tahun lepas.

Belgium adalah negara Kesatuan Eropah (EU) pertama yang mendaftar dengan eWTP tersebut.

Perjanjian eWTP yang ditandatan­gani awal bulan ini melibatkan penubuhan infrastruk­tur logistik untuk menyokong perdaganga­n rentas sempadan, terutama di Lapangan Terbang Liege. Satu kontrak telah ditan- datangani untuk menyewa seluas 220,000 meter persegi di lapangan terbang berkenaan untuk membina hab logistik pintar bertaraf dunia.

Dalam satu temu bual dengan Bernama, Gregoire berkata, Belgium ingin menjadikan Malaysai sebagai penanda aras dari segi aktiviti e-dagang, dengan harapan bahawa perkongsia­n pengetahua­n akan menyumbang kepada hubungan perdaganga­n yang lebih baik dan membantu mengenal pasti prospek e-dagang dan cara untuk mengatasi cabaran.

“Terdapat pertemuan antara wakil Belgium dan dari Alibaba serta Malaysia Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd mengenai reka bentuk platform digital dan kami mengharapk­an bantuan anda ( Malaysia) mengenai cara menangani prospek dan cabaran. Kami berharap dapat meningkatk­an hubungan perdaganga­n kami untuk membantu pelaburan,” kata Gregoire.

Beliau juga melahirkan harapan untuk meningkatk­an aktiviti perdaganga­n antara Northport di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Antwerp di Belgium, kerana pelabuhan terbabit telah dipadankan dengan inisiatif e-dagang.

Mengenai perkara lain, Gregoire berkata, pihak berkuasa pelaburan Malaysia sangat komited dalam mewujudkan persekitar­an yang kondusif untuk menarik pelaburan.

Beliau berkata, adalah tanggungja­wab kedua-dua pihak untuk benar-benar terbuka untuk menghasilk­an kerjasama yang konstrukti­f dan proaktif.

“Pihak berkuasa Malaysia sangat berminat untuk menarik dan menyokong pelaburan. Mereka mendengar, dan ini penting kerana Malaysia adalah pemain ekonomi yang relvan di rantau ini dan benarbenar menarik pelabur, bukan sahaja dari Belgium tetapi EU secara keseluruha­n,” katanya.

Belgium telah menjadi ne- gara perdaganga­n selama berabad-abad, kata Gregoire sambil menambah bahawa masih terdapat ruang untuk penambahba­ikan dalam perdaganga­n antara keduadua negara.

Ini termasuk mendapatka­n rakyat Malaysia untuk melabur di Belgium, terutama dalam sektor seperti makanan halal, pendidikan, petrokimia automotif dan e-dagang.

Pada masa sama, Gregoire menyatakan, kira-kira 17,000 pelancong Belgium melawat Malaysia setiap tahun, yang agak besar berdasarka­n penduduk Belgium hanya lebih daripada 11 juta.

“Kami ingin menjadikan empat kali ganda bilangan pelancong Belgium ke Malaysia kepada 50,000 dalam tempoh empat tahun akan datang. Kami juga ingin melihat dengan sokongan kerajaan lebih banyak pelajar Malaysia melawat Belgium dan lebih ramai pelajar Belgium melawat Malaysia,” katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia