Utusan Borneo (Sarawak)

IMPORT SENDIRI GULA

Industri F&B Sabah, Sarawak disaran import gula untuk kurangkan kos.

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) di Sabah dan Sarawak disaran mengimport sendiri gula dari luar negara untuk mengurangk­an kos pengeluara­n.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, kementeria­nnya memperkena­lkan permit import yang membenarka­n pengusaha mengimport secara terus gula dengan harga murah.

Ia adalah permit khas untuk industri F&B seperti pengeluar kuih, biskut, kek serta minuman yang menggunaka­n kuantiti gula yang banyak dalam pemprosesa­n.

"Industri F&B sekiranya mahu memohon permit untuk mengimport gula secara terus dari luar negara boleh menulis kepada kementeria­n atau terus kepada saya.

"Kami akan pastikan proses permohonan dipercepat­kan," jelasnya kepada pemberita di sini semalam.

Chong berkata, nilai pasaran gula mentah di peringkat antarabang­sa kini dijual pada harga paling rendah iaitu RM1.20 sekilogram sejak beberapa bulan lalu.

Ia juga peluang untuk pengusaha mendapatka­n bekalan gula mentah yang telah diproses dalam kuantiti yang banyak dengan harga berpatutan.

Chong memberitah­u, pengeluar makanan di Sarawak sebelum ini mengimport gula halus dari empat kilang pemprosesa­n gula di Semenanjun­g Malaysia.

"Kita tidak mempunyai bekalan gula mentah. Kilang gula mengimport gula mentah dan memprosesn­ya sebagai gula halus dengan kos antara RM2 hingga RM2.10 yang turut melibatkan kos pemprosesa­n dan pengangkut­an.

"Selalunya menerusi urusan

B to B (Business to Business), pengeluar makanan boleh mendapat harga lebih murah dari kilang gula.

"Oleh kerana jumlah permintaan di Sarawak amat kecil, kilang gula mengamalka­n sikap mahu atau tidak. Ada yang mengenakan bayaran RM2.60 hingga RM2.80 sekilogram.

"Pengeluar pemprosesa­n makanan, sekiranya mereka mahu mengimport secara terus dari Thailand mereka boleh dapat kos RM2.10 hingga RM2.20 sekilogram," jelasnya.

Mereka disaran mengimport dalam jumlah satu kontena atau 35 tan gula dari negara pengeluar gula di Asia seperti Thailand dan Vietnam.

Hadir sama ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon, Senator Alan Ling dan Ketua KPDNHEP Miri Joe Azmi Jamil.

 ??  ?? IMPORT: Chong (tengah) ditemani Peter Hee, Dr Ting, Alan Ling dan Joe Azmi menemui pemberita di Miri petang semalam.
IMPORT: Chong (tengah) ditemani Peter Hee, Dr Ting, Alan Ling dan Joe Azmi menemui pemberita di Miri petang semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia