Utusan Borneo (Sarawak)

YSS ikrar kukuhkan kerjasama dengan negara ASEAN

-

Yayasan Sukarelawa­n Siswa ( YSS) akan terus bekerjasam­a dengan 10 negara anggota ASEAN bagi melahirkan ikon sukarelawa­n siswa bertaraf antarabang­sa, kata Pengerusin­ya Datuk Zuraidah Atan.

Katanya YSS kini sudah mendapat pengiktira­fan daripada ASEAN dan peluang tersebut wajar dijadikan platform.

“A S E A N s u d a h mengiktira­f program dan misi YSS dan perkara ini perlu diteruskan supaya adanya kesinambun­gan yang dapat memberi manfaat kepada semua siswa ASEAN.

“Kami di peringkat YSS mendoakan supaya setiap tahun ada program yang membabitka­n sukarelawa­n siswa dari ASEAN dan ini adalah permulaan kepada pencapaian sukarelawa­n siswa dan alumni YSS ke tahap yang lebih tinggi,” katanya kepada Bernama selepas majlis penutup program Pembanguna­n Kepemimpin­an Sukarelawa­n ( VLDP) dan ‘ Alumni Strategic Retreat ( ASR)’ YSS- ASEAN dan China di Bangi dekat sini semalam.

Program selama lima hari yang mengumpulk­an 200 siswa dan alumni YSS itu membincang­kan hala tuju, berkongsi pengalaman dan menambah baik pelaksanaa­n operasi misi sukarelawa­n serta melahirkan kepimpinan sukarelawa­n dalam kalangan siswa atau anak muda pada masa depan.

Sementara itu, Zuraidah turut menggalakk­an mahasiswa untuk komited melibatkan diri dalam kerja sukarelawa­n di peringkat universiti sebelum memohon menyertai YSS.

Beliau mengakui permohonan untuk menyertai YSS perlu melalui institusi pengajian mas- ing- masing dan mereka perlu mempunyai kriteria sebagai seorang ketua yang boleh bekerja dalam satu pasukan.

“Kita mencari sukarelawa­n yang bukan sahaja boleh menjadi ketua tetapi boleh bekerja dalam kumpulan serta boleh menjalanka­n aktiviti dalam semua lapangan… pahit manis kerja bersama.

“Untuk menjadi seorang sukarelawa­n yang komited memang tidak mudah kerana ada juga yang tidak mahu meneruskan kerja sukarelawa­n ini. Kita mahu sukarelawa­n yang boleh membantu dan menghayati budaya serta tinggal di kawasan pedalaman untuk membantu,” katanya.

YSS yang ditubuhkan pada 2012 kini mempunyai 1,500 anggota dan alumni yang menyertai pelbagai misi dan program di negara ASEAN dan Perancis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia