Utusan Borneo (Sarawak)

Keberkesan­an peranan ESSCom dikaji: KDN

-

Kemente- rian Dalam Negeri sedang mengkaji keberkesan­an peranan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) khususnya dari segi rantaian perintah.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Mohd Azis Jamman berkata langkah itu bagi memastikan operasi ESSCom yang lebih mantap dalam mengawal keselamata­n perairan di timur Sabah.

“Masalah termasuk chain of command ini perlu diperjelas­kan, mana arahan yang boleh dilakukan komander ESSCom kerana kita tahu tentera ada (arahan) panglima tenteranya, polis ada ketua polis negara dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) ada atasannya.

“Perkara ini ada dibawa dalam peringkat kementeria­n dan dibincangk­an bersama Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) serta Ketua Menteri Sabah ( Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) tahu dengan masalah ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mohd Azis yang juga Ketua Wira Parti Warisan Sabah ( WARISAN) sebelum itu menyaksika­n penyerahan borang permohonan menyertai WARISAN oleh kira- kira 15,000 anggota Barisan Nasional Bahagian Silam kepada Setiausaha Agung parti Loretto S Padua Jr.

Mengulas lanjut, beliau berkata peranan penguatkua­saan ESSCom juga akan diteliti untuk perincian khususnya melibatkan Polis Marin Malaysia dan APMM.

Pada masa sama, Mohd Azis berkata kerajaan tidak akan berkomprom­i dalam aspek keselamata­n negara dan ini termasuk penyediaan peruntukan yang mencukupi.

“Kita mengalukan penjimatan beberapa sektor lain tetapi bagi aspek keselamata­n tiada kompromi dan isu perairan di Sabah dan Sarawak perlu diambil serius,” katanya menambah sempadan negara yang mudah dibolosi oleh kegiatan jenayah rentas sempadan akan menimbulka­n kebimbanga­n pelancong serta pelabur, sekali gus menjejaska­n pendapatan ekonomi negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia