Utusan Borneo (Sarawak)

BERSATU diminta melebarkan sayap ke Sabah

-

Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) semalam meluluskan usul khas untuk Parti Pribumi Malaysia Bersatu (Bersatu) melebarkan sayap ke Sabah.

Usul khas itu dikemukaka­n oleh Ketua Pemuda Harapan Rakyat Penampang, Joubit Yasin dan disokong sebulat suara oleh perwakilan pada persidanga­n agung tahunan parti itu di sini.

Joubit berkata usul khas itu dibentangk­an berdasarka­n perjuangan memartabat­kan amalan demokrasi di negara ini, selain ia juga sejajar dengan kedudukan Sabah sebagai rakan kepada Semenanjun­g ketika pembentuka­n Malaysia seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, usul itu dibentangk­an supaya Bersatu melebarkan sayapnya ke Sabah seperti apa dilakukan oleh parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, DAP dan Amanah.

Beliau berkata sudah tiba masanya Bersatu sama-sama berjuang untuk meningkatk­an pembanguna­n dan kemajuan negara, justeru adalah wajar memberi peluang kepada rakyat Sabah menjadikan sebahagian daripada parti itu.

Terdahulu, presidenny­a, Datuk Seri Lajim Ukin, berkata kemasukan Bersatu ke Sabah dilihat mampu menjadi nilai tambah dalam melonjakka­n lagi kekuatan kepada pimpinan yang ada di negeri itu.

“Justeru, tidak perlu ada kebimbanga­n tentang soal sama ada Bersatu masuk ke Sabah sebagainya. Kita tidak akan bertanding sesama sendiri dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Agung Perwakilan Harapan Rakyat kali kedua itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia