Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan Baru sebagai pengerusi MPN PKR sudah dijangka: Voon

-

Pemilihan semula Menteri Kerja Raya Baru Bian sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak adalah suatu yang dijangkaka­n.

Naib Ketua Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni berkata semua sedia maklum Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau mendapat undi majoriti untuk menjadi pengerusi PKR Sarawak kerana beliau seorang tokoh dihormati bukan sahaja di konstituen­si tetapi rakyat Sarawak secara keseluruha­nnya.

“Di mata kebanyakan orang, YB Baru Bian seorang negarawan dan sentiasa mempunyai misi yang baik dan melakukan apa jua tugas diamanah rakyatnya walaupun terpaksa mengambil pendekatan tidak polular untuk mencapai objektif.

“Pendekatan popular bukan caranya, tidak seperti kebanyakan ahli politik,” katanya.

Voon yang juga naib ketua PKR Cabang Stampin berkata Baru merupakan seorang pemimpin yang tegas dan ikhlas dalam perjuangan­nya untuk rakyat Sarawak.

“Itulah sebab utama mengapa kami memilih beliau semula sebagai kapten kami untuk mengemudi kapal kami di Sarawak,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Sarawak Nurhanim Mokhsen berkata sayap wanita PKR Sarawak akan menyokong 100 peratus pemilihan semula Baru sebagai pengerusi PKR Sarawak.

“Kami akan memberi kerjasama penuh kepada YB Baru dan kami akan meneruskan hubungan kerjasama yang baik untuk kebaikan parti dan Sarawak,” katanya.

Menurut Nurhanim jelas sekali rakyat Sarawak memilih Baru kerana percaya dan yakin dengan kepimpinan beliau.

“Kami yakin YB Baru boleh membawa keadilan kepada Sarawak ke tahap yang lebih baik daripada sekarang. Ini juga menunjukka­n YB Baru mempunyai pengaruh kuat dalam MPN Sarawak.

“Majoriti cabang menyokong beliau... untuk Sarawak kami ada 29 cabang sekarang, dua cabang ditunda pemilihann­ya kerana masalah teknikal,” katanya.

Malam Sabtu lepas, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mewakili Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumka­n Baru kekal sebagai pengerusi PKR Sarawak.

Menteri Kerja Raya itu berjaya mengekalka­n jawatan dipegangny­a sejak November 2009, meskipun di sebalik pelbagai spekulasi yang mengatakan beliau akan diganti.

Fahmi dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat selepas proses perbincang­an Anwar dengan ketua-ketua cabang negeri.

“Jawatan-jawatan lantikan lain akan diumumkan kemudian,” katanya.

 ??  ?? NURHAMIN
NURHAMIN
 ??  ?? VOON
VOON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia