Utusan Borneo (Sarawak)

Gramong sedih lihat senario politik sekarang

Katanya politik kini banyak berubah berbanding zamannya dulu, media sosial antara faktor perubahan itu

- Oleh Watt Zacchaeus

Sekarang banyak politik fitnah-memfitnah antara satu sama lain khususnya di Semenanjun­g Malaysia. Politik benci-membenci satu sama lain juga semakin

“membimbang­kan ketika ini.

KANOWIT: Veteran politik Datuk Gramong Juna melahirkan rasa sedihnya terhadap senario politik ketika ini.

Katanya politik sekarang banyak berubah berbanding zamannya dulu.

“Sekarang banyak politik fitnah-memfitnah antara satu sama lain khususnya di Semenanjun­g Malaysia. Politik benci-membenci satu sama lain juga semakin membimbang­kan ketika ini.

“Senario ini berubah ketika pertukaran pentadbira­n kerajaan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Rumah Banying Melina, Nanga Sesawa, Bukong di sini, kelmarin.

Majlis tersebut disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Machan Allan Siden Gramong.

Hadir sama ialah Datuk Catherine Gramong, Setiausaha Politik Ketua Menteri Petrus Igat Matthias, Pegawai Daerah Kanowit Kathreen Eddie Saga, Pemanca Spencer Kudang, Tuai Rumah Banyin serta tetamu jemputan yang lain.

Gramong yang juga bekas ADUN Machan menyifatka­n ledakan pesat media sosial yang digunakan sekarang

Datuk Gramong Juna Veteran politik

menjadi bahan yang digunakan untuk menyebar berita palsu atau fitnah yang tidak diketahui kebenarann­ya.

“Hentikanla­h politik sedemikian dan ubah cara kita berpolitik agar ia tidak ‘men- yakitkan’ kedua-dua pihak.

“Disebabkan terlalu percaya dengan bahan berita dalam media sosial kita boleh rosak dan keamanan serta keharmonia­n berbilang kaum di negeri ini boleh tergugat.

“Justeru, jangan terikutiku­t budaya politik orang di sana,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an para tuai rumah agar tidak mudah diputarbel­itkan oleh sesetengah pihak khususnya berkaitan apa- apa berita di media sosial.

“Jangan sesekali mudah terperdaya dengan berita atau tular di media sosial yang kita tidak tahu tahap kebenarann­ya.

Periksa dulu dan jangan bertindak melulu,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa bimbangnya dengan kepesatan penggunaan media sosial ketika ini khususnya berpolitik yang boleh menggugat perpaduan yang telah lama terjalin di sini.

“Saya mohon rakyat Sarawak agar kita pertahanka­n keharmonia­n berbilang kaum yang kita pertahanka­n sekian lama. Berpolitik­lah secara baik dan matang.

“Jangan sesekali meneladani budaya di Semenanjun­g Malaysia yang terlalu fanatik berpolitik,” tambahnya.

 ??  ?? MASIH AKTIF: Gramong (kanan) serta kenamaan lain menyaksika­n Allan (enam kanan) menyerahka­n cek MRP di Rumah Banying, Nanga Sesawa, Bukong di Kanowit, kelmarin.
MASIH AKTIF: Gramong (kanan) serta kenamaan lain menyaksika­n Allan (enam kanan) menyerahka­n cek MRP di Rumah Banying, Nanga Sesawa, Bukong di Kanowit, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia