Utusan Borneo (Sarawak)

RTP bukan projek ‘masuk kocek’ wakil rakyat, kata Allan

-

Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) bukanlah projek ‘ masuk kocek’ kepada seseorang wakil rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong berkata, peruntukan sebanyak RM5 juta setahun untuk RTP disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan dalam bentuk sesuatu projek mengikut keperluan penduduk luar bandar.

“Projek RTP adalah projek daripada kerajaan negeri dan bukannya datang daripada saya. Justeru, peruntukan itu terus disalurkan kepada agensi terlibat dan bukannya ke dalam akaun saya.

“Segelintir pihak menuduh saya makan duit RTP seperti dalam media sosial baru-baru ini, ia tidak berasas sama sekali dan tidak masuk akal.

“Mereka tidak tahu proses RTP ini disalurkan serta sengaja mahu memburuk-burukkan nama saya,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Rumah Banying Melina, Nanga Sesawa, Bukong di sini, kelmarin.

Majlis itu kemudian disusuli dengan sambutan perayaan pra-Krismas.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Petrus Igat Matthias, Pegawai Daerah Kanowit Kathreen Eddie Saga, bekas ADUN Machan Datuk Gramong Juna serta isteri Datuk Catherine Gramong, Pemanca Spencer Kudang, Tuai Rumah Banyin serta tetamu jemputan yang lain.

Allan mahu tuduhan seperti itu dihentikan dan menggesa mereka yang berkenaan supaya berfikir dengan matang.

“RTP adalah projek rakyat dan bukannya sumber untuk wakil rakyat mengaut keuntungan,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa para kontraktor yang terlibat dalam projek RTP di kawasannya supaya melaksanak­an tanggungja­wab dengan sebaik mungkin.

Katanya, disebabkan kelewatan mereka di lapangan dalam melaksanak­an sesuatu projek rakyat ia menyalahka­n wakil rakyat dan bukannya mereka.

“Saya mohon pihak kontraktor berfikir dua tiga kali sebelum menerima tender adakah anda mampu melaksanak­annya mengikut jangka masa ditetapkan. Kalau tak mampu jangan ambil. Bagi kepada kontraktor lain yang lebih mampu melaksanak­annya.

“Ini kerana impaknya adalah terhadap saya dan bukannya kamu sekiranya sesuatu projek rakyat lewat siap atau terbengkal­ai,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memberi jaminan bahawa kawasan DUN Machan akan menerima lebih banyak RTP pada masa akan datang.

Jelasnya, Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) diterajui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan memastikan penduduk luar bandar akan terus menikmati RTP ini pada masa akan datang.

Bercakap mengenai majlis itu, Allan memberitah­u bahawa seramai 240 penerima menerima cek MRP yang terdiri daripada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), persatuan/kelab dan sekolah di bawah DUN Machan dengan jumlah keseluruha­n RM1 juta.

Beliau menyeru agar para penerima cek tersebut dapat memanfaatk­an pemberian tersebut dan menggunaka­nnya dengan sebaik mungkin bagi manfaat bersama.

Pada majlis yang sama seramai 35 tuai rumah, kapitan dan ketua kaum di kawasan DUN Machan menerima sijil pelantikan semula perkhidmat­an mereka daripada Allan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia