Utusan Borneo (Sarawak)

GADS, KDMB antara terawal kunjungi pejabat baharu Lukanisman

-

Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS) dan Koperasi Dayak Maju Berhad (KDMB) antara dua organisasi yang terawal mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni yang baharu sahaja dibuka, di sebuah pusat komersil di Taman Tunku di sini.

Sementara itu, kunjungan hormat oleh kedua-dua pertubuhan itu pada Jumaat lalu diketuai Vicky Gulin Shandom selaku presiden GADS dan David Upe yang merupakan pengerusi KDMB.

Dalam pada itu, KDMB juga merupakan salah satu inisiatif ditubuhkan di bawah GADS, untuk membantu merancakka­n lagi penyertaan ahli persatuan dan masyarakat Bumiputera dalam bidang ekonomi menerusi koperasi.

Selain menyampaik­an taklimat kepada wakil rakyat berkenaan mengenai visi dan objektif pertubuhan, pertemuan itu turut memaklumka­n mengenai aktiviti terkini kedua-dua pertubuhan kepada wakil rakyat berkenaan dan bagi mendapatka­n pandangan dan sokongan beliau.

Lukanisman, dalam maklum balas beliau amat menyokong usaha- usaha GADS untuk meneruskan penganjura­n Gawai Dayak Bazaar (GDB) 2019, pada tahun depan, yang menurut beliau, adalah salah satu usaha yang amat membantu golongan Bumiputera untuk menceburka­n diri dalam bidang perniagaan ke arah meningkatk­an taraf ekonomi masing-masing.

“Saya amat menyokong usaha pertubuhan seperti GADS dan KDMB ke arah misi dan visi yang bertujuan melonjakka­n taraf ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya kaum Dayak ke tahap yang lebih tinggi.

“Masyarakat Dayak hari ini perlu sedar bahawa mereka masih jauh ketinggala­n di belakang dalam bidang ekonomi mahupun perniagaan dan mereka harus tahu jika mereka dapat menguasai ekonomi maka mereka dapat menjadi bangsa yang kuat,” katanya.

“Bukan sahaja kaum Dayak, malah juga kaum Melayu dan masyarakat Bumiputera khas, harus tahu, jika kita mampu menguasai ekonomi dan menguasai pasaran, maka kita dapat menguasai dunia. Ekonomi yang menjadikan kita dan negara kita kuat,” tambah beliau lagi.

Dalam pertemuan juga Lukanisman menyuaraka­n sokon- gan beliau kepada GDB yang dirancang GADS bermula 4 hingga 25 Mei 2019 dan pembukaan pusat tuisyen oleh KDMB bermula awal tahun depan.

Mengenaipe­mbukaanpej­abat khidmat masyarakat beliau yang baharu di Taman Tunku, Lukanisman berkata, usaha itu menunjukka­n komitmen beliau untuk berada lebih dekat dengan penduduk dalam konstituen­sinya, Sibuti.

“Ramai pengundi di sini tidak tahu bahawa lokaliti Taman Tunku berada dalam konstituen­si Parlimen Sibuti dan bukannya (Parlimen) Miri.

“Justeru dengan pembukaan pejabat saya di sini (Taman Tunku), saya mahu rakyat di sini tahu, bahawa saya sentiasa dekat dengan mereka untuk mendengar masalah dan suara mereka,” katanya sambil menambah, lokasi itu disifatkan strategik kerana terletak di tengah-tengah kawasan penempatan dan perumahan yang terbesar dalam konstituen­si tersebut.

 ??  ?? SOKONG: Vicky (kiri) menyerahka­n kertas kerja berhubung penganjura­n GDB oleh GADS, kepada Lukanisman sambil disaksikan David (dua kanan) dan ahli yang lain.
SOKONG: Vicky (kiri) menyerahka­n kertas kerja berhubung penganjura­n GDB oleh GADS, kepada Lukanisman sambil disaksikan David (dua kanan) dan ahli yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia