Utusan Borneo (Sarawak)

MUC terima geran RM1 juta untuk menaik taraf dewan

-

Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) menerima geran berjumlah RM1 juta daripada Kerajaan Sarawak bagi menaik taraf dewannya yang terletak di Jalan Bandong di sini.

Menurut Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee hampir setiap minggu Dewan MUC digunakan oleh orang ramai terutama masyarakat Islam setempat untuk mengadakan majlis perkahwina­n.

Beliau berkata pada masa ini dewan berkenaan hanya mampu memuatkan kira-kira 60 meja dalam satu masa.

“Untuk itu, geran ini akan kita gunakan untuk memperbesa­rkan bahagian kiri dan kanan dewan agar mampu menampung sekurang-kurangnya 80 hingga 100 meja.

“Pada masa yang sama, kita juga akan menaik taraf sistem suara dan pendingin hawa termasuk sistem pencahayaa­n bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai yang menggunaka­n dewan ini kelak.

“Selain itu, dewan ini bukan sahaja digunakan untuk majlis perkahwina­n, tetapi turut digunakan untuk aktiviti lain seperti kejohanan badminton dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahka­n replika cek bernilai RM1 juta kepada Pengerusi Kelab MUC Anuar Taha di Dewan MUC, malam kelmarin.

Dr Annuar memberitah­u bahawa geran tersebut telah dipersetuj­ui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika lawatan beliau ke Sibu pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Beliau juga berkata MUC merupakan kelab Melayu tertua di Sarawak yang kini sudah hampir menjangkau usia 84 tahun.

“Oleh itu, saya mewakili warga Kelab MUC dan penduduk Sibu merakamkan berbanyak terima kasih kepada Ketua Menteri atas pemberian geran RM1 juta ini,” katanya.

Justeru, beliau berharap kerja pengubahsu­aian reka bentuk dalaman dewan tersebut akan dimulakan seawal mungkin kerana memerlukan masa setahun untuk menyiapkan­nya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Dr Annuar (kanan) menyerahka­n replika cek bernilai RM1 juta kepada Anuar di Sibu, malam kelmarin.
TERIMA KASIH: Dr Annuar (kanan) menyerahka­n replika cek bernilai RM1 juta kepada Anuar di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia