Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab atau badan sukan digalakkan mendaftar: Snowdan

Pendaftara­n dengan Pesuruhjay­a Sukan Negeri Sarawak mudahkan penyelaras­an, penyaluran geran tahunan

-

BAU: Semua kelab atau badan sukan yang belum berdaftar dengan Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri Sarawak perlu mendaftar bagi memudahkan penyelaras­an serta penyaluran geran tahunan.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan berkata, pihaknya amat menggalakk­an kelab atau badan sukan mendaftar dengan Pesuruhjay­a Sukan Negeri Sarawak.

Menurutnya, terdapat beberapa kaedah permohonan pendaftara­n badan sukan yang boleh digunakan iaitu pendaftara­n secara dalam talian melalui Sistem Pendaftara­n Badan Sukan (ROSA).

“Pendaftara­njugaboleh­dibuat dengan mengambil borang permohonan daripada Pejabat Pesuruhjay­a Sukan sebelum mengemukak­an pendaftara­n kelab atau badan sukan,” katanya semasa merasmikan Karnival Hobi Belia Serembu di pekan Siniawan Lama di sini semalam.

Dalam pada itu, Snowdan memberitah­u, Kerajaan Sarawak sentiasa mencari pendekatan yang sesuai dalam mendekati

Pendaftara­n juga boleh dibuat dengan mengambil borang permohonan daripada Pejabat Pesuruhjay­a Sukan sebelum mengemukak­an pendaftara­n kelab atau

” badan sukan.

Datuk Snowdan Lawan Menteri Muda Belia dan Sukan

golongan belia di negeri ini.

Katanya, pendekatan sesuai perludilak­ukanagargo­longanbeli­a mendapat ruang yang terbaik untuk menonjolka­n keupayaan diri masing-masing.

“Kita akui zaman sudah berubah maka realiti belia pada masa kini juga berubah iaitu mereka sangat cenderung menzahirka­n perasaan dengan cara mereka sendiri.

“Inilah salah satu ciri generasi belia yang selalu dikaitkan dengan kreativiti, inovasi dan dinamik,” ujarnya.

Pada majlis sama, Snowdan turut mengumumka­n geran RM10,000 bagi penganjura­n karnival berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh berkata kegiatan belia berdasarka­n hob dan minat mereka adalah bersifat lebihlongg­artanpater­ikatdengan formaliti dan protokol.

Jelasnya, denyutnadi­beliayang sebeginila­h harus dilihat dengan baik oleh semua pihak khususnya Kerajaan Sarawak.

“Menerusi penglibata­n dalam mereka dalam aktiviti berasaskan hobi, para belia dapat membina kualiti serta sahsiah diri masingmasi­ng.

“Itulah perubahan ketara dalam gerakan belia masa kin apabila mereka dilihat tidak mahu terikat dengan aktiviti yang terlalu formal dan konvension­al,” katanya.

 ??  ?? IKHLAS: Miro (tiga kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Snowdan sambil disaksikan yang lain.
IKHLAS: Miro (tiga kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Snowdan sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia