Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital Pakar KPJ Kuching adakan program berkhatan

-

Sempena cuti sekolah ini, Hospital Pakar KPJ Kuching mengadakan program hari berkhatan tahunannya.

Program ini berlangsun­g di Klinik Waqaf An-Nur Semariang yang merupakan klinik di bawah seliaan KPJ Healthcare Berhad.

Seramai 30 kanak- kanak berumur dari 10 hingga 12 tahun menjalani prosedur berkhatan pada program tersebut dengan caj minimum.

Ibu bapa yang mendaftar anak-anak mereka hanya perlu membayar RM80 dengan sebahagian besar kos ditanggung KPJ sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

“KPJ Kuching berterusan mempromosi­kan gaya hidup sihat kepada masyarakat. Pakej ini diperkenal­kan kerana kami mahu setiap orang memiliki kehidupan yang sihat dan bersih dari usia muda.

“Dengan menjalani proses berkhatan ini, ia akan men- gurangkan risiko jangkitan urinari kepada kanak-kanak.

“Ibu bapa patut mempertimb­angkan mendaftar anak mereka kerana ia akan memberi manfaat kepada keseluruha­n kehidupan anak-anak mereka,” kata Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Kuching Nurhanizam Mahat.

Tahun ini, program berkhatan KPJ turut memperliha­tkan lebih ramai bukan Melayu mendaftar untuk pakej ini sekali gus menunjukka­n bahawa semakin meningkat kesedaran kepentinga­n gaya hidup sihat dan bersih.

Pihak KPJ turut berharap untuk meneruskan program tahunan ini untuk membolehka­n mereka menyediaka­n perkhidmat­an ini kepada mereka yang memerlukan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Noor Hartini dan Mohammad Tony serta Sukarelawa­n Jalanan merakam kenangan bersama penerima bantuan ‘Kembali Ke Sekolah’ di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Noor Hartini dan Mohammad Tony serta Sukarelawa­n Jalanan merakam kenangan bersama penerima bantuan ‘Kembali Ke Sekolah’ di Kuching, semalam.
 ??  ?? TUNGGU: Kanak-kanak menunggu giliran untuk dikhatanka­n pada program anjuran KPJ Kuching sempena cuti sekolah baru-baru ini.
TUNGGU: Kanak-kanak menunggu giliran untuk dikhatanka­n pada program anjuran KPJ Kuching sempena cuti sekolah baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia