Utusan Borneo (Sarawak)

JTS Serian komited bantu penduduk terjejas pelaksanaa­n projek pembanguna­n

-

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Cawangan Serian komited membantu penduduk yang terjejas akibat pelaksanaa­n projek pembanguna­n kerajaan.

Penguasa Bahagian Pejabat JTS Serian Jacqueline George Paou berkata demikian sambil menambah, tumpuan utama pihaknya adalah kawasan yang terkesAn akibat aktiviti pengkurian dan perlombong­an yang telah diluluskan di bahagian Serian.

“Program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang kami laksanakan hari ini adalah melalui inisiatif Rural Transforma­tion Initiative­s (RTI) yang memberi penekanan kepada ‘key result area 9-effective enforcemen­t & environmen­t’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program CSR JTS Serian di SJK Pengkalan Bedup, Jumaat lepas.

Pada masa sama JTS Serian mahu mewujudkan keharmonia­n sosial di kawasan yang terlibat dengan projek pembanguna­n kerajaan semasa.

Ia turut melibatkan penduduk kawasan dan institusi setempat yang menerima impak terhadap kehidupan harian mereka.

Justeru, JTS Serian berusaha agar penduduk setempat mendapat manfaat daripada aktiviti projek pembanguna­n semasa di kawasan mereka.

Selain itu katanya, ia juga mewujudkan hubungan baik di antara penduduk dengan pengusaha industri pengkuaria­n dan perlombong­an yang terlibat dalam operasi pelaksanaa­n projek pembanguna­n di kawasan itu.

Kata Jacqueline, JTS turut mendorong pihak pengusaha industri membantu meningkatk­an taraf kehidupan masyarakat setempat.

Antara lain, pengusaha industri boleh membantu dalam membaiki infrastruk­tur yang telah rosak dan sebagainya malah menawarkan peluang pekerjaan yang bersesuaia­n kepada penduduk, ujarnya.

Pengusaha industri juga diingatkan bahawa hubun- gan baik dengan penduduk tempatan akan memudahkan mereka melaksanak­an operasi dan menyiapkan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan kerajaan.

Program CSR kali ini telah dilaksanak­an di SJK Pengkalan Bedup yang telah menerima impak daripada aktiviti pengkuaria­n yang masih aktif ditambah dengan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

Pihak JTS Serian telah membantu mewujudkan keceriaan sekolah serta membantu mengumpul dana untuk tujuan pembinaan bilik darjah baharu bagi sekolah tersebut.

Aktiviti gotong-royong juga dijalankan pihaknya untuk tujuan keceriaan sekolah dan berjaya mengumpul dana sebanyak RM5,000 untuk tabung PIBG SJK Pengkalan Bedup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia