Utusan Borneo (Sarawak)

Usah campur aduk budaya, agama dengan politik

Agar tidak menjejaska­n keharmonia­n dan perpaduan berbilang kaum di negeri ini, kata Lee

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Amalan budaya dan keagamaan tidak perlu dicampur aduk dengan hal politik agar tidak menjejaska­n keharmonia­n dan perpaduan berbilang kaum di negeri ini, jelas Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Katanya, perlu ada ruang dan batas dalam mengamalka­n kebudayaan dan keagamaan daripada dijadikan sebagai agenda politik bagi kepentinga­n diri.

“Terutama masyarakat di Sarawak, kita berasa amat bersyukur kerana dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni tanpa mengira latar belakang yang sememangny­a berbeza agama dan kepercayaa­n.

“Kita mungkin tidak bersetuju atau mempunyai pandangan serta pemahaman politik yang berbeza, tetapi kita mengetepik­an perbezaan itu demi menjaga kekayaan budaya dan amalan saling menghormat­i dalam beragama,” tegasnya.

Lee berkata demikian pada majlis ‘ Tang Yuan

Terutama masyarakat di Sarawak, kita berasa amat bersyukur kerana dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni tanpa mengira latar belakang yang sememangny­a berbeza agama dan

” kepercayaa­n.

Datuk Lee Kim Shin

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

Gathering’ anjuran Persatuan Hopoh Miri di sini, semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin itu, penting bagi rakyat di sini untuk melindungi keharmonia­n terbabit daripada mana-mana pihak yang ingin memecahbel­ahkan demi kepentinga­n politik.

“Malah, kerajaan selama ini memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengamalka­n budaya dan agama masing-masing.

“Oleh itu, adalah penting untuk kita menjaganya bagi memastikan kebebasan sebegini terus dipraktikk­an dan diwarisi oleh generasi muda akan datang,” katanya.

Mengenai majlis tersebut, Lee berkata ‘ tang yuan’ adalah pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung pulut dan dihidangka­n pada perayaan Winter Solstice atau Dong Zhi.

Katanya, masyarakat Cina menjadikan makanan ‘tang yuan’ sebagai budaya tradisi yang telah diraikan sejak lebih ribuan tahun lalu.

“Tang yuan yang dibuat dalam bentuk bulat turut melambangk­an kesatuan dalam sesebuah keluarga.

“Bahkan, pelancong dari negara China turut memuji budaya tersebut masih dipraktikk­an oleh masyar- akat Cina di Sarawak berbanding di China.

“Menurut mereka (rakyat China), gaya hidup moden sekarang antara punca masyarakat mereka khususnya golongan muda kurang berminat untuk mengamalka­n tradisi lama,” tambahnya

 ??  ?? BEGINI: Lee bersama yang lain menunjukka­n ‘tang yuan’ yang dibuat sempena ‘Tang Yuan Gathering’ anjuran Persatuan Hopoh Miri semalam.
BEGINI: Lee bersama yang lain menunjukka­n ‘tang yuan’ yang dibuat sempena ‘Tang Yuan Gathering’ anjuran Persatuan Hopoh Miri semalam.
 ??  ?? TAKLIMAT: Para anggota rombongan diberi taklimat tentang operasi JBPM.
TAKLIMAT: Para anggota rombongan diberi taklimat tentang operasi JBPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia