Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU saran pelajar ambil inisiatif berbasikal ke sekolah

-

K U C H I N G : Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyaranka­n agar pelajar mengambil inisiatif berbasikal ke sekolah selain memperkena­lkan semula ‘Car Free Day’ di kawasan Kuching Utara.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata kedua-duanya berupaya membantu dalam penjagaan kesihatan tubuh dan kebersihan alam sekitar.

“Pihak DBKU mahu memperkena­lkan cara berbasika untuk ke sekolah bagi mengelakka­n kesesakan trafik yang disebabkan kenderaan persendiri­an yang digunakan untuk menghantar anak ke sekolah

“Pada masa yang sama, kita juga telah memperkena­lkan ‘Car Free Day’ pada 2014 yang kini idea itu diguna pakai d ibu negara setiap tahun dalam mengurangk­an pencemaran udara disebabkan pelepasan gas karbon dioksida,” katanya pada sidang media ‘SCA Road Race Kriterium & TTT 1.0 2018’ di sini semalam.

Abang Wahap berkata kin kadar obesiti di Malaysia semakin membimbang­kan.

Justeru katanya, pendekatan sedemikian sedikit sebanyak berupaya membantu para pelajar agar sihat tubuh dan cerdas minda.

“Kita turut merancang untuk menggalakk­an penunggang basikal dari Kampung Gersik menggunaka­n Jambatan Darul Hana ke seberang sungai.

“Banyak perancanga­n yang sedang kita buat sekarang untuk memberi keselesaan kepada penunggang basika berkongsi jalan raya bersama pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Di Singapura tegas beliau idea berbasikal dalam kalangan pelajar sekolah disambut baik oleh ibu bapa mereka dan sudah lama dilaksanak­an.

Turut hadir Presiden SCA Datuk Benjamin Hasbie Residen Bahagian Kuching Ismail Mohamad Hanis, Naib Presiden SCA Irawan Sudarsono dan Pengarah Kejohanan ‘SCA Road Race Kriterium & TTT 1.0 2018’ Izam Abdu Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia