Utusan Borneo (Sarawak)

19 peserta berjaya tamat Kursus Asuhan Permata Taska Rumah 2018

-

Seramai 19 peserta telah berjaya menamatkan Kursus Asuhan Permata Taska Rumah 2018 di Champs Education Centre di sini, kelmarin (Sabtu).

Kursus terbabit dikendalik­an Persatuan Pengasuh Kanak- Kanak Berdaftar Miri dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri.

Pengerusin­ya Angela Goh berterima kasih kepada jabatan tersebut yang bukan sahaja memberi kerjasama tetapi turut memberi sokongan peruntukan bagi persatuan menjayakan kursus berkenaan.

“Ini merupakan siri pertama untuk asuhan di rumah. Untuk minggu depan, kita akan melaksanak­an kursus yang sama dan dijangkaka­n akan melatih lebih 30 peserta,” ujarnya ketika ditemui pada majlis penutupan kur- sus terbabit.

Menurutnya, para peserta akan diberi kursus mengenai isu keselamata­n, amalan asuhan dan pelbagai aktiviti kanak-kanak sepanjang kursus dilaksanak­an.

Selain itu kata Goh, turut diselitkan ceramah mengenai proses pendaftara­n khasnya untuk asuhan di rumah, peraturan asuhan, peraturan perlindung­an kanak-kanak dan mengenai pembanguna­n asuhan yang terdapat di Malaysia.

“Kita turut menjemput pegawai kesihatan bag memberi ceramah mengena keselamata­n di dalam rumah, persediaan makanan nutrisi dan mengenai penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis penutupan ialah Pegawa JKM Miri Bessy Ngau.

 ??  ?? TAMAT KURSUS: (Duduk baris dua, tiga kiri) Goh, Bessy serta yang lain merakam kenangan bersama peserta yang telah menamatkan Kursus Asuhan Permata Taska Rumah 2018 di Miri, kelmarin.
TAMAT KURSUS: (Duduk baris dua, tiga kiri) Goh, Bessy serta yang lain merakam kenangan bersama peserta yang telah menamatkan Kursus Asuhan Permata Taska Rumah 2018 di Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia