Utusan Borneo (Sarawak)

Import makanan ayam antara punca kenaikan harga telur, kata Saifuddin

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenal pasti kenaikan harga telur di pasaran tempatan yang berlaku kebelakang­an ini antaranya disebabkan kos bekalan makanan ayam yang diimport.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebanyakan makanan ayam diimport dari Brazil serta Argentina dan urusan perdaganga­n dilakukan di Singapura sebelum dibawa masuk ke negara ini.

“Import makanan ayam ini bernilai lebih kurang RM35 bilion setahun, peniaga yang melakukan perdaganga­n ini tidak ramai kerana bila saya masuk (menjadi menteri) saya teliti perniagaan ini saya dapati hanya ada seramai 25 atau 26 peniaga sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan zakat Suruhanjay­a Syarikat Malaysia di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga telur di pasaran tempatan dan sama ada wujud kartel dan monopoli yang mengawal harga produk makanan itu.

Menurut Saifuddin, apabila pengimport terbabit melakukan pemindahan harga, ia seterusnya menyebabka­n penternak di negara ini terpaksa membayar harga tinggi untuk mendapatka­n makanan ayam dan untuk menampung keadaan itu pula penternak terpaksa menaikkan harga telur.

Katanya, bagi mengatasi masalah tersebut, kementeria­n menubuhkan sebuah jawatankua­sa diketuai Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Seri Jamil Salleh untuk memastikan bekalan makanan ayam tidak lagi terlalu bergantung kepada pengimport tersebut.

Katanya, ketika ini jawatankua­sa itu sedang menyiapkan laporannya berhubung perkara itu yang dijangka siap tidak lama lagi untuk dibentangk­an kepada kabinet.

“Kalau kita boleh ambil alih mungkin boleh diselesaik­an tetapi kita perlu menggantik­an sistem itu kepada cara baharu dan sudah tentu kita perlu libatkan dengan pihak swasta di negara ini untuk membantu kita memecahkan amalan mo- nopoli ini,” katanya.

Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata kementeria­n akan menyiasat sama ada aktiviti kartel telah menyebabka­n harga telur meningkat secara konsisten pada setiap minggu sejak beberapa bulan lepas dan pihaknya menerima banyak aduan mengenai kenaikan itu.

Sementara itu, menurut laman web Jabatan Veterinar Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, harga telur menyaksika­n peningkata­n konsisten dengan harga semasa pada 4 Dis lalu adalah pada 43 sen sebiji bagi bagi gred ‘AA’ diikuti 42 sen sebiji bagi gred ‘A’, gred ‘B’ (41 sen), gred ‘C (40 sen), gred D (38 sen) dan gred E (36 sen). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: Saifuddin menyampaik­an bantuan zakat kepada Zulkefeli Ismail (kanan) pada majlis penyerahan Zakat SSM sempena Program Jualan Rakyat Parlimen Pokok Sena di padang Awam KEDA, Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama BANTUAN: Saifuddin menyampaik­an bantuan zakat kepada Zulkefeli Ismail (kanan) pada majlis penyerahan Zakat SSM sempena Program Jualan Rakyat Parlimen Pokok Sena di padang Awam KEDA, Alor Setar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia