Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir terharu dengan penghormat­an diberikan oleh Rangsit University

-

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menerima ijazah kedoktoran kehormat dalam kepimpinan sosial, perniagaan dan politik daripada Rangsit University (RUS) Thailand di kampus induknya di daerah Mueang Pathum Thani, 30 kilometer dari sini.

Dr Mahathir dianugerah ijazah kehormat itu pada majlis konvokesye­n ke- 34 universiti berkenaan di mana 5,950 graduan universiti itu turut menerima ijazah masing-masing dalam sesi yang diadakan pada sebelah pagi dan tengah hari.

Perdana Menteri Malaysia itu merupakan tokoh umum berprofil tinggi keempat yang dianugerah ijazah kedoktoran kehormat oleh universiti berkenaan selepas mendiang Puteri Srinagarin­dra (aka Somdet Ya), Raja Bhutan Jigme Khesar Namgyel Wangchuck (2009) dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe (2016).

Majlis penganuger­ahan berwarna-warni di Bangunan Gimnasium yang tersergam itu berlangsun­g penuh tradisi, dengan Dr Mahathir dipersilak­an ke bilik resepsi dan disarungka­n jubah kedoktoran baldu merah serta hitam.

Isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut diberi penghormat­an untuk memakai jubah baldu biru serta merah dan mengiringi suami beliau ke atas pentas.

Majlis itu dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan lagu kebangsaan Thailand oleh 40 anggota Rangsit University Orchestra di bawah pimpinan Vanich Potavanich.

Ini diikuti oleh penyampaia­n ucapan sanjungan oleh Presiden RUS Dr Arthit Ourairat yang memuji pelbagai pencapaian Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir dan perjuangan beliau menentang ketidakadi­lan sosial serta ekonomi bagi semua.

Beliau turut menyentuh usaha Dr Mahathir untuk memulihkan ekonomi negara termasuk mendapatka­n semula kekayaan yang hilang akibat skandal 1MDB.

Selepas menyampaik­an ucapan sanjungan itu, Arthit menyerahka­n kepada Dr Mahathir topi akademik kedoktoran, sijil serta sebuah plak.

Ia disusuli dengan ucaptama Dr Mahathir di mana beliau berkata: “Saya berasa terharu dengan pengiktira­fan ini dan berbesar hati untuk menerima penghormat­an ini sebagai perdana menteri Malaysia dan bagi pihak negara saya. Saya sesungguhn­ya amat menghargai pengiktira­fan ini dan saya akan berusaha untuk terus menyumbang kepada rakyat Malaysia dan negara di seluruh dunia.

“Saya gembira kerana diberi peluang untuk berucap kepada pelajar universiti ini, anda semua adalah pemimpin hari esok dan harapan bagi generasi masa depan. Ke arah itu, universiti mempunyai peranan penting dalam menyediaka­n peluang dan sokongan kepada pelajar untuk meneroka pengetahua­n baharu dan merealisas­ikan potensi mereka,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau mengambil maklum bahawa RUS telah bergerak ke arah menjadi sebuah universiti penyelidik­an dan berharap agar kerjasama dapat dijalin antara RUS serta universiti di Malaysia.

Selepas ucapan itu berakhir, lagu berjudul ‘ Dreamland Will Shine’ yang ditujukan khas buat Dr Mahathir didendangk­an oleh Areeya Rotajanadi­t.

Susunan muzik dikendalik­an dekan konservato­ri muzik RUS Dr Denny Euprasert dengan gubahan melodi oleh beliau sendiri manakala lirik pula hasil nukilan Pisamai Chandavimo­l.

Lirik lagu itu berkisar tentang usaha dan pengorbana­n oleh seorang pemimpin yang berdedikas­i. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Dr Mahathir dan Siti Hasmah bergambar bersama Dr Arthit sebelum majlis menerima Anugerah ‘Honorary Doctorate Degree in Arts in the Field of Philosophy in Leadership in Social, Business and Politics’ Universiti Rangsit, di Bangkok semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Dr Mahathir dan Siti Hasmah bergambar bersama Dr Arthit sebelum majlis menerima Anugerah ‘Honorary Doctorate Degree in Arts in the Field of Philosophy in Leadership in Social, Business and Politics’ Universiti Rangsit, di Bangkok semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia