Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO mantapkan usaha beri kesedaran keselamata­n Kaedah 3E tekankan keselamata­n ketika ulang-alik ke tempat kerja

-

BATU PAHAT: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) akan memantapka­n usaha memberi kesedaran kepada pekerja mengenai keselamata­n perjalanan ulang-alik ke tempat kerja menerusi pendekatan 3E (pendidikan, penguatkua­saan dan kejurutera­an).

Timbalan Ketua Eksekutif ( Operasi) PERKESO John Riba Marin berkata menerusi elemen pendidikan, PERKESO dan Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya (MIROS) akan melakukan pelbagai program keselamata­n dan advokasi di tempat kerja secara lebih berfokus.

“Di samping itu, PERKESO akan bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanak­an aspek pencegahan melibatkan pemasangan papan tanda di kawasan kerap berlaku kemalangan, selain melaksanak­an penguatkua­saan setelah berakhirny­a program advokasi bagi memastikan pematuhan kepada undang- undang,” katanya ketika merasmikan Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya Bersama Pekerja Inisiatif PERKESO dan PDRM Peringkat Zon Selatan, semalam.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim.

Pendekatan itu katanya diharap dapat menjadi pemangkin kepada penerapan ‘Budaya Kerja Selamat dan Sihat’ dalam kalangan majikan dan pekerja, sekali gus menyokong dasar Internatio­nal Social Security Associatio­n (ISSA) dalam mengurangk­an kadar kemalangan selain untuk membangunk­an tenaga kerja yang sihat.

Katanya, pendekatan itu penting kerana pihaknya memandang serius kadar kemalangan jalan raya meli-

Di samping itu, PERKESO akan bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanak­an aspek pencegahan melibatkan pemasangan papan tanda di kawasan kerap berlaku kemalangan, selain melaksanak­an penguatkua­saan setelah berakhirny­a program advokasi bagi memastikan

” pematuhan kepada undang-undang.

John Riba Marin

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO

batkan para pekerja yang mahu pergi atau pulang dari tempat kerja.

“Sepanjang tahun lepas, sebanyak 47 peratus atau 33,319 daripada 69,980 kemalangan melibatkan pekerja adalah di atas jalan raya.

“Daripada jumlah itu, sera- mai 667 pekerja maut. Ini bermaksud purata kematian akibat kemalangan jalan raya adalah seramai dua orang setiap hari.

“Lebih malang, sebanyak 12 peratus atau 3,848 kes berlaku di Johor dengan 98 kematian,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JALANKAN OPERASI: Azman (dua kanan) turut serta pada Operasi Bersepadu Khas Genting, di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama JALANKAN OPERASI: Azman (dua kanan) turut serta pada Operasi Bersepadu Khas Genting, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia