Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan anti-Lynas dakwa ada bukti penyelewen­gan

-

Kumpulan antikilang pemprosesa­n nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewen­gan berhubung kilang itu.

Pengerusin­ya Tan Bun Teet mendakwa maklumat yang turut melibatkan jabatan kerajaan itu telah dikumpulka­n sejak Lynas memulakan operasinya di Gebeng, di sini enam tahun lalu.

“Kami mempunyai dokumen setebal 117 halaman... banyak unsur yang boleh membuktika­n ada penyelewen­gan. Kita akan bawa ke- pada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) apabila sampai masanya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau bagaimanap­un tidak dapat memberikan tarikh laporan SPMRM itu akan dibuat selain enggan mendedahka­n lebih lanjut akan dakwaan berkenaan.

Tan seterusnya mengulangi desakan agar ahli politik yang memperjuan­gkan isu LAMP sebelum pilihan raya umum lalu mengotakan janji walaupun perkara berkenaan tidak terkandung dalam manifesto.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu Lee Chean Chung yang turut hadir meminta kerajaan membuat keputusan yang tegas dan bukan ‘separuh masak’ berhubung isu LAMP.

“Kerajaan tidak perlu terlalu menjaga pelaburan langsung asing daripada satu kilang sahaja kerana kita masih mempunyai banyak pelaburan lain.

“Jangan terima sahaja pelaburan yang datang. Kita menggesa supaya Kabinet akur kepada kehendak dan pendirian rakyat. Sebaiknya, Kabinet dengar dengan hati terbuka dan buat keputusan yang terbaik untuk rakyat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENINJAU: Azman (dua kiri) melihat ujian hasil air kencing beberapa individu pengguna jalan raya yang ditahan.
— Gambar Bernama MENINJAU: Azman (dua kiri) melihat ujian hasil air kencing beberapa individu pengguna jalan raya yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia