Utusan Borneo (Sarawak)

Polis laksana operasi berterusan di Lebuh Raya KL-Karak

-

Polis akan meneruskan operasi di Lebuh Raya Kuala LumpurKara­k berikutan wujud kegiatan kumpulan pemilik motosikal berkuasa tinggi serta kereta mewah atau ‘sport car’ yang menjadikan laluan itu sebagai tempat pengujian jentera mereka.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Selangor, Supt Azman Shariat berkata sejak kebelakang­an ini, pihaknya mendapati lebuh raya itu sering dijadikan laluan ‘permainan utama’ kumpulan berkenaan.

Beliau berkata mereka yang terlibat dalam aktiviti itu akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan mendapatka­n lesen memandu selama dua tahun

“Operasi di lebuh raya ini akan dilaksanak­an dari semasa ke semasa. Operasi itu juga dibuat untuk mengesan kesalahan pengguna jalan raya yang lain,” katanya kepada pemberita selepas Ops Khas Bersepadu Genting di Plaza Tol Gombak di sini semalam.

Mengenai Op Khas Bersepadu Genting itu, beliau berkata sebanyak 302 saman dikeluarka­n kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu dan tiada cermin sisi.

“Dalam operasi itu, lima lelaki ditahan kerana melakukan kesalahan seperti memandu dalam keadaan mabuk, memiliki dadah serta mempamerka­n nombor pendaftara­n palsu,” katanya.

Operasi lima jam bermula jam 7 pagi itu, disertai 15 pegawai dan 88 anggota polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pengangkut­an Jalan dan Jabatan Alam Sekitar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia