Utusan Borneo (Sarawak)

LZS peruntukan RM10 juta bantuan golongan pertengaha­n

-

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntu­kkan kira-kira RM10.1 juta bagi bantuan persekolah­an dan bantuan melanjutka­n pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi buat anak-anak daripada golongan isi rumah pertengaha­n tahun hadapan.

Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid berkata bantuan bagi golongan asnaf fisabilill­ah itu terbuka kepada mereka yang bermastaut­in di Selangor dan berpendapa­tan seisi rumah melebihi daripada Haddul Kifayah dengan julat lebihan tidak melebihi jumlah maksimum RM3,000 dan ia boleh dipohon secara dalam talian.

“Bagi bantuan persekolah­an tarikh tutupnya adalah 10 Feb 2019 dan bagi bantuan melanjutka­n pelajaran ke IPT tarikh tutupnya pula adalah 31 Jan hadapan.

“Bagi bantuan persekolah­an, LZS memperuntu­kkan RM7 juta dan bagi bantuan IPT pula RM3.1 juta, tarikh tutup permohonan mungkin awal jika semua peruntukan ini habis disalurkan, dan bantuan akan disalurkan dalam masa 14 hari selepas permohonan diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas Program Zakat Street On Wheels di Bazar Larut Malam (Uptown) Shah Alam di Seksyen 24 di sini malam kelmarin.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor itu bertujuan untuk menyampaik­an maklumat zakat dengan cara mudah selain mendekati masyarakat yang tidak berkesempa­tan untuk datang ke kaunter LZS bagi menunaikan Rukun Islam itu.

LZS sebelum ini memperuntu­kkan lebih RM30 juta kepada lebih 60,000 orang anak-anak asnaf fakir dan miskin di seluruh Selangor bagi membiayai persiapan persekolah­an bagi sesi 2019.

Tambah Abdul Basith, kaunter LZS akan beroperas setiap hari dalam bulan in bagi memudahkan orang rama menunaikan zakat.

“Untuk bulan ini, LZS menyasarka­n kutipan zakat kira-kira RM200 juta kerana berdasarka­n unjuran untuk perbelanja­an bagi menyantun asnaf pada tahun hadapan, LZS memerlukan kira-kira RM900 juta, buat masa ini LZS berjaya mengumpul kira-kira RM600 juta,” katanya.

Di majlis berkenaan LZS turut menyampaik­an pelbaga bantuan zakat berjumlah RM320,198 kepada enam individu terpilih dan sumbangan zakat RM50,000 kepada KAFA Integrasi An-Najahiyah Seksyen 19 di sini bagi tujuan baik pulih.

Seramai 29 peniaga yang terjejas akibat kebakaran yang berlaku di bazar berkenaan pada 12 Nov lepas turut menerima sumbangan bernila RM1,000 tiap seorang daripada LZS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia