Utusan Borneo (Sarawak)

MBI Selangor komited promosi Smart Selangor

-

Perbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor, komited untuk terus mempromosi program Smart Selangor kepada rakyat sebagai usaha untuk menjadikan Selangor sebagai negeri pintar di rantau Asia menjelang 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif perbadanan itu, Raja Shahreen Raja Othman berkata langkah itu perlu supaya rakyat Selangor memanfaatk­an sebaiknya pelbagai inisiatif yang diperkenal­kan kerajaan negeri di bawah program berkenaan bagi meningkatk­an kualiti kehidupan mereka.

“Kerajaan Negeri memberikan mandat kepada MBI Selangor untuk menjadikan visi Smart Selangor sebagai satu realiti…..dengan komitmen kerajaan negeri, pelbagai inisiatif telah diwujudkan untuk menjadi pemangkin ekonomi dan sosial masyarakat,” katanya ketika berucap di jelajah program 360 Smart Selangor yang dirasmikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting Lau Weng San di Pantai Morib di sini, semalam.

Beliau berkata selain itu program Smart Selangor juga dilihat mampu menghubung­kan rakyat secara terus kepada pentadbira­n negeri dan pada masa yang sama ‘service delivery’ kerajaan negeri dapat ditingkatk­an.

Katanya antara insitiatif yang diperkenal­kan di bawah program itu sejak 2015 ialah sistem ‘Intelligen­t Response Selangor’ (bagi melaporkan kes jalan berlubang), Wifi Smart Selangor dan Smart Waste Management.

Mengulas mengenai program jelajah itu, Raja Shahreen berkata ia bertujuan memberi pendedahan mengenai program Smart Selangor selain menyampaik­an agenda kerajaan negeri kepada rakyat.

“Pelbagai program dan aktiviti menarik disediakan dalam program sehari ini untuk para pengunjung. Mereka bukan sahaja dapat pendedahan kepada agenda Smart Selangor, tetapi kami juga mahu rakyat Selangor mengenali inisiatif kerajaan negeri dalam keadaan yang lebih santai dan meriah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ZAKAT: Kaunter agihan zakat dibuka pada Program ‘Zakat On Wheels- Mendekati Masyarakat Terutamany­a Gologan Muda’ anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Uptown Seksyen 24 Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama ZAKAT: Kaunter agihan zakat dibuka pada Program ‘Zakat On Wheels- Mendekati Masyarakat Terutamany­a Gologan Muda’ anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Uptown Seksyen 24 Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia