Utusan Borneo (Sarawak)

ANGKASA laksana program sukarelawa­n pemulihan OKU bermula tahun depan

-

KUALA KUBU BHARU: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan melaksanak­an program sukarelawa­n khususnya dalam aspek pemulihan kefungsian golongan orang kurang upaya (OKU) bermula suku kedua tahun depan.

Naib Presiden ANGKASA Datuk Che Mohd Shukree Che Isa berkata usaha itu akan dilakukan melalui koperasi sedia ada seperti koperasi Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan koperasi-koperasi universiti.

Katanya koperasi terbabit mempunyai kepakaran dan terlatih dalam membantu pemulihan golongan OKU seperti rawatan fisioterap­i, pemulihan pertuturan, fizikal dan psikologi klinikal.

“Kita dapati rumah kebajikan yang menempatka­n golongan OKU khususnya kategori terlantar memerlukan bantuan tenaga untuk penjagaan, latihan dan pemulihan.

“Di sini rangkaian koperasi Angkasa seperti HKL dan universiti sudah ada kepakaran itu dan mungkin dua, tiga anggota mereka boleh ditempatka­n di rumah kebajikan OKU untuk tempoh tertentu sebagai kerja sukarelawa­n dan sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas program Amal ‘Co-op Care’ bersempena Hari Sukarelawa­n Sedunia di Rumah Kebajikan Taman Sinar Harapan yang disertai 30 anggota Rakan Sukarelawa­n Co-op Malaysia di sini, semalam.

Pada majlis sama ANGKASA turut menyumbang­kan 23 tilam hospital sebagai inisiatif tanggungja­wab sosial korporat koperasi itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MELAWAT: Mohd Shukree (dua kiri), Mohammad Hanafi (tiga kiri) dan Nor Azizah (kiri) beramah mesra bersama penghuni taman itu pada Program Amal ‘Co-op Care’ sempena Hari Sukarelawa­n Sedunia di Kuala Kubu Bharu, semalam
— Gambar Bernama MELAWAT: Mohd Shukree (dua kiri), Mohammad Hanafi (tiga kiri) dan Nor Azizah (kiri) beramah mesra bersama penghuni taman itu pada Program Amal ‘Co-op Care’ sempena Hari Sukarelawa­n Sedunia di Kuala Kubu Bharu, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia