Utusan Borneo (Sarawak)

TNB bantu 200 murid keluarga susah di Sikamat program ‘Back To School’

-

Program ‘Back To School 2019’ anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) diteruskan tahun ini dengan 200 murid lagi dari keluarga miskin sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, menerima bantuan keperluan persekolah­an.

Ia merupakan salah satu daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) TNB yang melibatkan pelajar berusia antara tujuh dan 12 tahun, yang masing-masing menerima bantuan berupa kelengkapa­n pakaian sekolah, beg sekolah dan alat tulis.

Pengurus Besar Perkhidmat­an Pelanggan Bahagian Pembahagia­n TNB Negeri Sembilan Wan Ishak Soed berkata pemilihan penerima adalah berdasarka­n kriteria yang ditetapkan ibu pejabat TNB, iaitu golongan asnaf, dan golongan miskin tegar di bawah B40.

“Kita serahkan kepada pejabat DUN sendiri untuk mencari murid-murid dari sekolah sekitar Seremban, DUN Sikamat, DUN Labu yang amat-amat memerlukan, dalam membantu mereka memulakan sesi persekolah­an tahun hadapan.

“Setiap mereka menerima kelengkapa­n persekolah­an bernilai RM200 melibatkan jumlah keseluruha­n RM40,000 yang disediakan TNB,” katanya pada program serahan bantuan kelengkapa­n persekolah­an Back To School yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pembanguna­n Luar Bandar Negeri, Ismail Ahmad di sini, semalam.

“TNB juga akan melaksanak­an program ini di Tampin dan Port Dickson dengan setiap kawasan masing-masing melibatkan 200 murid. Jumlah keseluruha­n murid yang akan diberikan bantuan oleh TNB bagi seluruh Negeri Sembilan ialah 600 murid, melibatkan kos RM120,000,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia