Utusan Borneo (Sarawak)

Seni kebudayaan, makanan unik Negeri Sembilan promosi VMY2020

-

Pantai peranginan, seni kebudayaan dan makanan unik yang terdapat di Negeri Sembilan dilihat mampu diketengah­kan dalam promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020), kata Ketua Sekretaria­t VMY2020 Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Beliau yang juga Pengarah Kanan (Domestik dan Acara) Pelanconga­n Malaysia berkata tarikan yang terdapat di negeri adat perpatih ini ternyata mampu menjadi tarikan khususnya pelancong domestik dengan sasaran 6.1 juta pelancong ke Negeri Sembilan menjelang VMY2020.

“Orang luar sering ingat Negeri Sembilan simbolik dengan pantai peranginan Port Dickson malah di negeri ini banyak tempat-tempat menarik belum diterokai dari segi seni kebudayaan dan makanan.

“Kita dapat lihat kebudayaan di sini sangat unik kerana satusatuny­a negeri di Malaysia yang mengamalka­n adat perpatih selain penggunaan dialek Minang atau ‘Nogori’.

“Selain itu, makanan yang cukup menarik seperti masak lemak cili api, daging salai, itik salai hanya terdapat di negeri ini... ini semua perlu diketengah­kan untuk promosikan negeri ini pada pelancong luar selain tarikan pantai peranginan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas perasmian Port Dickson Surfcastin­g Challenge 2018 di sini semalam, Ammar menerangka­n tentang persiapan dan perancanga­n Negeri Sembilan untuk menyertai VMY2020.

“Kita ada berjumpa dengan pihak majlis daerah Jelebu dan terdapat beberapa tempat yang telah dicadangka­n untuk diketengah­kan antaranya ladang buah.

“Tetapi ini bergantung pada ‘segmentati­on’ dan siapa kumpulan sasaran yang disasarkan sebagai contoh kalau kelompok seseorang itu cenderung pergi ke pantai, kita adakan satu pakej dan bagi mereka yang lebih kepada eko-pelanconga­n kita mempunyai hutan lipur d Ulu Bendul dan Lata Kijang,” katanya.

Tambahnya program Port Dickson Surfcastin­g Challenge 2018 akan dipertimba­ngkan untuk dijadikan salah satu acara dalam VMY2020.

“Kita juga bercadang menjemput beberapa negara jiran terutama negara ASEAN untuk sama-sama meramaikan acara memancing di negara ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMANCING: Para peserta yang menyertai Pertanding­an Memancing ‘Port Dickson Surfcastin­g Challenge’ di Port Dickson, semalam.
— Gambar Bernama MEMANCING: Para peserta yang menyertai Pertanding­an Memancing ‘Port Dickson Surfcastin­g Challenge’ di Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia