Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan anggap anggota bukan Islam golongan kelas dua, kata Mujahid

-

Anggota dan pimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH) diingatkan supaya tidak menyisihka­n anggota bukan Islam dan menganggap mereka sebagai golongan kelas dua dalam parti itu.

Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika memberi amaran itu berkata mereka yang ingkar tidak layak menjadi anggota AMANAH.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kehadiran anggota bukan Islam dalam parti itu perlu diterima dan dihargai sebaiknya kerana bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka bersama dengan AMANAH yang memperjuan­gkan Islam.

“Saya bagi amaran kalau ada mana-mana aduan sisihkan mereka (anggota bukan Is- lam) dengan anggap tiada hak kerana bukan Islam, jaga-jaga kamu, kamu tidak layak jadi (anggota) AMANAH.

“Saya benar-benar tegaskan perkara ini,” katanya semasa menyampaik­an ucapan penangguha­n dan penggulung­an pada Konvension­al AMANAH Nasional 2018 di sini semalam.

Mujahid berkata walaupun bukan Islam, namun anggota berkenaan mempunyai hak untuk memberi pandangan terhadap parti.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden AMANAH Hasanuddin Mohd Yunus berkata parti tersebut sentiasa bersama warga FELDA dan akan memastikan kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan dapat mengemukak­an secepat mungkin agenda untuk melatih para peneroka.

“Ia bagi memastikan mereka boleh berdikari untuk mengurus 10 ekar tanah (4.1 hektar) mendidik mereka selepas kegagalan kerajaan lama gaga mendidik,” katanya.

Pada masa sama, Hasanuddin berharap kerajaan tidak memberhent­ikan wang saraan kepada peneroka FELDA secara mengejut demi kebajikan mereka.

Selain itu, beliau berkata adalah penting untuk kerajaan menunjukka­n komitmen dalam membantu menyelesai­kan masalah warga FELDA.

“Memang kita ada menghantar orang korporat kepada mereka tetapi jangan disebabkan sikap korporat itu, kita menafikan kebajikan warga peneroka yang sepatutnya kita jaga dan belai mereka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIASAK MEDIA: Mujahid menjawab pertanyaan media di Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2018 di sebuah hotel di Ipoh semalam.
— Gambar Bernama DIASAK MEDIA: Mujahid menjawab pertanyaan media di Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2018 di sebuah hotel di Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia