Utusan Borneo (Sarawak)

Amirudin ucap terima kasih atas lantikan Pengerusi MPN PKR Mohamad Sabu akui ucapan tidak lagi ‘umph’

-

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berterima kasih kepada barisan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana memberi kepercayaa­n dengan melantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Amirudin dalam kenyataann­ya semalam berkata dengan pelantikan itu, beliau bertekad akan memberikan sepenuh komitmen dalam memastikan agenda pembanguna­n dan pemerkasaa­n parti dapat dipenuhi.

“Saya menggesa agar seluruh anggota parti merapatkan saf dan menyingkir­kan segala kecurigaan dan buruk sangka sesama kita, ini adalah waktu untuk bekerja demi rakyat negeri Selangor.

“Saya juga akan mengadakan mesyuarat bagi membincang­kan serta menetapkan anggota jawatankua­sa di peringkat Majlis Pimpinan Negeri PKR, Selangor,” katanya.

Semalam, Pengarah Komuni- kasi PKR, Fahmi Fadzil, dalam kenyataan berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sesi rundingan bersama ketua-ketua cabang PKR dan bersetuju melantik pengerusip­engerusi MPN Johor, Terengganu, Perlis, Selangor dan Kelantan. — Bernama

Dahulu, kemunculan tokoh politik tanah air ini di atas pentas ceramah sering dinantinan­tikan penyokongn­ya.

Ini kerana Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu tidak pernah jemu menghidang­kan ceritaceri­ta panas dan kontrovers­i berkaitan politik tanah air dalam cara yang mencuit hati.

Bagaimanap­un sejak memegang jawatan Menteri Pertahanan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Presiden AMANAH itu mengakui ucapannya sudah ‘tiada umph’.

“Ceramah saya sudah tidak sedap macam dulu sebab banyak pantang larang (untuk bercakap). Misalnya isu Johor dengan Singapura hanya Kementeria­n Luar yang keluarkan kenyataan dan cuba selesaikan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia