Utusan Borneo (Sarawak)

Shahrir pertahanka­n Zahid

Bekas pemimpin desak Presiden UMNO meletak jawatan dibidas

-

JOHOR BAHRU: Pemimpin UMNO Tan Sri Shahrir Samad semalam membidas tindakan beberapa bekas pemimpin kanan parti itu yang berterusan mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO sedangkan mereka sendiri bukan lagi anggota parti.

Ketua UMNO Johor Bahru itu berkata sebagai bekas anggota UMNO, mereka tidak layak membuat desakan itu kerana Ahmad Zahid dipilih oleh parti.

“Kalau nak keluar, keluarlah... ini yang menderhaka boleh menuntut pula kononnya jika presiden tidak letak jawatan maka lebih ramai anggota akan keluar. Itu tidak betul tempatnya.

“Janganlah hendak mengalihka­n perhatian dengan menuduh orang lain tidak patuh sedangkan yang tidak patuh ialah awak ( mereka yang keluar parti),” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Johor Bahru di sini.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu mengulas dakwaan kononnya lebih ramai anggota UMNO akan meninggalk­an parti sekiranya Ahmad Zahid masih enggan berundur.

Mengulas lanjut, Shahrir juga berkata beliau secara peribadi tidak faham mengapa Ahmad Zahid terus didesak meletak jawatan sedangkan presiden UMNO itu patuh terhadap kehendak pemimpin peringkat akar umbi.

Kalau nak keluar, keluarlah... ini yang menderhaka boleh menuntut pula kononnya jika presiden tidak letak jawatan maka lebih ramai anggota akan keluar. Itu

” tidak betul tempatnya.

Tan Sri Shahrir Samad Ketua UMNO Johor Bahru

“Kalau saya perhatikan, dari awal dahulu sewaktu Ahmad Zahid menjadi pemangku presiden, beliau pernah menyaranka­n parti agar melakukan amalgamans­i (penggabung­an) dengan partiparti lain sebagai hala tuju baharu di masa depan tetapi UMNO telah menolaknya.

“Selain itu, Pemuda UMNO juga pernah menyuaraka­n agar jangan UMNO menyertai kerajaan melalui pintu belakang dan terus menjadi pembangkan­g berwibawa dan saranan dan pendapat itu dipatuhi Ahmad Zahid.

“Jadi, bukanlah Ahmad Zahid yang menolak keputusan dan pendirian UMNO tetapi mereka yang melompat ( parti) inilah yang sebenarnya bergerak ke arah amalgamasi ataupun masuk kerajaan mengikut pintu belakang. Mereka inilah yang melanggar dan mengetepik­an saranan dan pandangan pemimpin-pemimpin,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Shahrir (duduk, dua kanan) mengadakan sidang media khas di Pejabat UMNO Bahagian Johor Bahru, semalam. Sidang media tersebut berkenaan kekesalan UMNO bahagian itu terhadap Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang keluar parti.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Shahrir (duduk, dua kanan) mengadakan sidang media khas di Pejabat UMNO Bahagian Johor Bahru, semalam. Sidang media tersebut berkenaan kekesalan UMNO bahagian itu terhadap Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang keluar parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia