Utusan Borneo (Sarawak)

Mat Sabu pelawa anggota UMNO sertai AMANAH

-

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu mempelawa anggota UMNO untuk menyertai parti tersebut berikutan UMNO kini diibaratka­n sebuah perahu yang sedang bocor dan karam.

Bagaimanap­un, Menteri Pertahanan itu menjelaska­n setiap permohonan anggota parti itu akan diteliti terlebih dahulu.

“Memang ada yang intai AMANAH dan kita mengalualu­kan mereka tapi kita akan melihat permohonan tersebut ‘case by case’.

“Kita juga akan melihat jika mereka menyokong Rahmatan Lil Alamin (rahmat bagi sekalian alam) dan mengakui bahawa perbuatan rasuah itu tidak betul,” katanya dalam ucapan penggulung­an dan penangguha­n Konvensyen Amanah Nasional 2018 di sini, semalam.

Konvensyen tiga hari itu yang bermula Jumaat disertai 1,000 perwakilan dan 3,000 pemerhati dari dalam dan luar negara.

Menjelas lanjut, Mohamad secara sinis berkata Barisan Nasional (BN) kini umpama patah pinggang dan tulang belakang selepas semakin ramai anggota, pemimpin dan wakil rakyat UMNO yang merupakan komponen terpenting­nya meninggalk­an parti tersebut.

“MCA pula tinggal satu kerusi, MIC ada dua tapi satu lagi akan hilang (Cameron Highlands),” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad mengingatk­an anggota parti supaya mengambil iktibar daripada kejatuhan BN dengan sentiasa mengutamak­an perbin- cangan dalam segala isu.

“Jika ada selisih faham kita bincang dengan baik, jika pecah Pakatan Harapan (PH) relailah harapan rakyat dan inilah yang berlaku pada BN,” katanya.

Mohamad juga optimis sokongan orang Melayu terhadap AMANAH pada pilihan raya umum akan datang baka meningkat berdasarka­n trend kemasukan ramai anggota baharu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? OPTIMIS: Mohamad berucap pada sesi pergulunga­n Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2018 di sebuah hotel semalam
— Gambar Bernama OPTIMIS: Mohamad berucap pada sesi pergulunga­n Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2018 di sebuah hotel semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia