Utusan Borneo (Sarawak)

DAP tidak akan bekerjasam­a dengan UMNO

-

DAP membuat keputusan muktamad untuk tidak bekerjasam­a dengan UMNO, kata Timbalan Pengerusin­ya Gobind Singh Deo.

Beliau berkata semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU14), rakyat sendiri menolak parti itu dengan hasrat untuk membina Malaysia Baharu.

“Mereka (UMNO) telah pun menentang kami habishabis­an dalam PRU14. Kami telah meminta rakyat menolak mereka dan rakyat telah pun menolak mereka dengan hasrat membina Malaysia Baru.

“DAP tidak akan bekerjasam­a dengan UMNO. Muktamad. Kami tidak seharusnya bekerjasam­a dengan mereka,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook beliau semalam.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kelmarin yang mencadangk­an UMNO bekerjasam­a dengan PKR dan DAP demi kelangsung­an masa depannya walaupun anggota parti itu tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Mohamed Nazri percaya kerjasama itu merupakan satu- satunya cara untuk UMNO terus bernafas sehingga PRU15.

Mengenai bekas wakil rakyat BN yang menyertai Pakatan Harapan ( PH), Gobind yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata perkara itu perlu diperhalus­i dengan teliti dan akan dibincangk­an dalam mesyuarat PH dalam masa terdekat.

Dalam situasi ketika ini, beliau berkata agenda reformasi dan pemulihan negara sepatutnya diberi keutamaan dan mandat yang diberikan rakyat semasa PRU lepas perlu dihormati.

“PH perlu menjaga kepentinga­n rakyat yang telah pun meletakkan kepercayaa­n kepada PH untuk membersihk­an dan menyelamat­kan Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia