Utusan Borneo (Sarawak)

Teliti cermat sebelum terima bekas pemimpin UMNO: Saifuddin

-

Parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) perlu membuat pertimbang­an dengan berhati-hati dan cermat sebelum menerima pemimpin dan wakil rakyat pembangkan­g ke dalam parti masing-masing.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini bagi memastikan kemasukan mereka tidak mengundang kemarahan rakyat terhadap PH.

“Kalau pemimpin- pemimpin UMNO dan ahli parlimen mereka yang mana mereka ini adalah punca kemarahan rakyat dan dengan menerima mereka itu menyebabka­n marah rakyat itu berpindah kepada PH, saya ingat aspek itu pemimpin PH perlu teliti dan kena pertimbang­kan dengan cermat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan zakat Suruhanjay­a Syarikat Malaysia di sini, semalam.

Saifuddin diminta mengulas mengenai tindakan parti komponen PH yang menerima kemasukan pemimpin dan wakil rakyat UMNO sehingga menimbulka­n perasaan tidak senang kepada sesetengah pemimpin PH dan rakyat.

Katanya, Majlis Presiden PH telah membincang­kan mengenai senario itu sudah lama iaitu tujuh bulan dahulu dan telah membuat ketetapan sebagai garis panduan untuk semua parti dalam PH sebelum menerima pemimpin dan wakil rakyat pembangkan­g.

“PH telah menggarisk­an ketetapan agar ahli Parli- men pembangkan­g yang ingin menyertai kita mereka perlu umum keluar parti lama mereka terlebih dahulu dan perlu menunggu satu tempoh masa sebelum memohon untuk masuk ke dalam parti PH.

“Kemudian parti- parti komponen akan menilai permohonan mereka dan tengok case by case supaya punca kemarahan rakyat tidak akan berpindah secara percuma kepada kita,” katanya.

Jumaat lalu, enam ahli parlimen UMNO mengumumka­n keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid; Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Larut, Datuk Ser Hamzah Zainudin; Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh; dan Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Saifuddin melawat gerai jualan ikan segar pada majlis penyerahan Zakat SSM sempena Program Jualan Rakyat Parlimen Pokok Sena di padang Awam KEDA, semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Saifuddin melawat gerai jualan ikan segar pada majlis penyerahan Zakat SSM sempena Program Jualan Rakyat Parlimen Pokok Sena di padang Awam KEDA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia