Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Parlimen Mersing digesa letak jawatan

-

UMNO Bahagian Johor Bahru kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang keluar parti baru- baru ini dengan menyifatka­n ia tidak menggambar­kan harga diri dan maruah Bangsa Johor yang sebenar.

Ketua Bahagianny­a Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata sebagai orang yang sudah lama dalam UMNO, Abdul Latiff sepatutnya tahu bahawa parti itu lahir di Johor, oleh itu setiap keputusan harus dibuat berdasarka­n ‘maruah’ berkenaan.

“Dengan meninggalk­an UMNO, ia tidak menjanjika­n pembaharua­n yang lebih baik kepada pengundi-pengundi Abdul Latiff di Mersing yang rata-ratanya ialah peneroka FELDA, petani, nelayan dan peniaga kecil-kecilan.

“Undi mereka diibaratka­n sebagai doa kerana mewakili hasrat di kawasan berkenaan. Justeru mengambil kira faktor ini, kami berpendapa­t adalah lebih bermaruah sekiranya Abdul Latiff meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen supaya satu pilihan raya kecil dapat diadakan bagi memilih semula wakil rakyat baharu,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Shahrir berkata di bawah wakil rakyat yang baharu, beliau berharap hasrat rakyat di kawasan itu untuk memiliki kehidupan lebih baik dapat didengari kerana setakat ini, mereka belum mendapat pembelaan dan bantuan yang sewajarnya daripada kerajaan.

“Apatah lagi ketika pembanguna­n Koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur ( ECER) yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu untuk memajukan kawasan Mersing kini, berada dalam keadaan terumbanga­mbing, sama ada hendak diteruskan atau tidak oleh kerajaan. Jadi adalah tidak jelas apakah pembelaan yang diterima oleh penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta anggota UMNO agar terus kembali kepada asas perjuangan parti itu dan tidak mudah menyerah ke atas apa jua situasi.

“Takkanlah baharu tujuh bulan jadi pembangkan­g sudah tidak tahan. Kita ini hendak bertanding jadi calon untuk duduk dalam kerajaan yang memerintah sahajakah? Kalau begitu, apa guna kita berpolitik, kalau nak bertanding hanya untuk menang dan hendak memerintah.,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia