Utusan Borneo (Sarawak)

Dua gol Jesus pastikan The Citizens kembali ke puncak liga

Jaringan minit kecederaan Eriksen bantu Spurs raih kemenangan 1-0 ke atas Burnley, kekalkan saingan kejuaraan Liga Perdana

-

LONDON, England: Manchester City kembali ke tangga teratas liga selepas Gabriel Jesus menjaringk­an dua gol untuk membantu menewaskan Everton 3- 1 sementara Christian Eriksen mengekalka­n cabaran Tottenham untuk bersaing kejuaraan liga selepas gol minit kecederaan memastikan kemenangan 1-0 ke atas Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Jesus belum menjaringk­an gol liga sejak bulan Ogos dan penyerang dari Brazil itu menamatkan kemarau ketika menentang Everton di Stadium Etihad.

Gol penyerang berusia 21 tahun itu dan gol Raheem Sterling meletakkan City dua mata di hadapan Liverpool, yang boleh merampas kembali kedudukan di tangga teratas jika menewaskan Manchester United pada perlawanan lewat di Anfield.

Pengurus City, Pep Guardiola, di mana pasukannya kehilangan tangga teratas liga minggu lepas apabila tewas kepada Chelsea, berasa gembira untuk melihat Jesus kembali di landasan cemerlang.

“Ia sangat penting untuk beliau, penyerang perlu menjaringk­an gol,” kata Guardiola.

“Apa yang beliau lakukan hari ini, beliau ada lakukan pada perlawanan lain tetapi perbezaann­ya ialah beliau sudah menjaringk­an gol.

“Beliau melakuk a n n y a d e n g a n cara yang h e b a t . Ia adalah prestasi yang sangat bagus.”

Jesus membuka jaringan pada minit ke-22 selepas menyempurn­akan hantaran Leroy Sane.

Ia sangat penting untuk beliau, penyerang perlu menjaringk­an gol.”

Pep Guardiola

Pengurus Manchester City

City terpaksa menunggu lima minit selepas rehat untuk menambah jaringan apabila umpanan Sane sekali lagi disempurna­kan Jesus. E v e r t o n m e r a p - a t k a n kedudukan pada minit ke65 apabila tandukan D o m i n i c C a l v e r t - Lewin dari umpanan Digne terkena pemain City, Fabian Delph dan menewaskan penjaga gol Ederson. Tetapi Sterling dimasukkan dari bangku simpanan untuk menamatkan segala harapan kebangkita­n Everton dengan gol ketiga empat minit kemudian.

City juga mendapat berita gembira dengan kepulangan pemain perancang, Kevin de Bruyne sebagai pemain gantian pada minit ke-75 selepas enam minggu direhatkan kerana kecederaan lutut.

Di Wembley, Tottenham memerlukan gol minit kecederaan untuk menembusi benteng kebal Burnley dan membolehka­n mereka kurang lima mata di belakang City.

Skuad kendalian Mauricio Poechettin­o kekal di tangga ketiga dan menurunkan penampilan kesebelasa­n uta- ma yang pertama kepada pemain tengah berusia 18 tahun, Oliver Skipp, dengan Eriksen dan Son Heung-Min bermula di bangku simpanan.

Penjaga gol Burnley, Joe Hart, beraksi cemerlang dengan menepis satu cubaan Erik Lamela sebelum itu tetapi Eriksen dimasukkan dalam separuh masa kedua dan menjaringk­an gol tunggal kemenangan pada minit ke-90.

Gol kemenangan Eriksen melengkapk­an beberapa hari cemerlang buat Tottenham, yang layak ke pusingan kedua Liga Juara-Juara selepas mengikat Barcelona 1-1 pada pertengaha­n minggu.

“Ia adalah satu minggu yang sangat hebat untuk kami, kemenangan penting untuk kami hari ini (Sabtu), ia sangat penting untuk mengekalka­n fokus dan tenaga kami untuk bersaing,” kata Pochettino.

“Selepas perlawanan menentang Barcelona, ia sukar untuk mencari cara untuk beraksi seperti ini.”

Pada perlawanan lain, Wolverhamp­ton Wanderers naik ke tangga ketujuh selepas menewaskan Bournemout­h 2-0 di Molineux, kekalahan keenam dari tujuh perlawanan terakhir buat Bournemout­h.

Kemenangan keempat berturut- turut West Ham memastikan skuad kendalian Manuel Pellegrini naik ke tangga kesembilan selepas menewaskan Fulham 2- 0 di Craven Cottage.

W a t - f o r d h a n y a di belakang

W e s t

H a m d e n - g a n perbeza a n g o l s e - lepas k e - menangan 32 ke atas Cardiff di Vicarage Road.

Crystal Palace menjarakka­n kedudukan dengan lima mata dari zon penyingkir­an selepas menewaskan Leicester City 1-0 untuk gol pertama Palace dalam liga tanpa penyerang sensasinya yang digantung perlawanan, Wilfried Zaha sejak September 2016.

Newcastle juga menjarakka­n kedudukan dari zon penyingkir­an selepas menewaskan

Huddersfie­ld 1- 0 menerusi gol Salomon Rond o n . — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? Jesus menjaringk­an gol buat City pada aksi liga menentang Everton di Stadium Etihad, Manchester Sabtu lepas. GUARDIOLA
— Gambar AFP Jesus menjaringk­an gol buat City pada aksi liga menentang Everton di Stadium Etihad, Manchester Sabtu lepas. GUARDIOLA
 ??  ?? GEGAR JARING:
GEGAR JARING:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia