Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid, Atletico terus ‘tekan’ Barca

-

Karim Benzema meletakkan Real Madrid hanya kurang dua mata di belakang pendahulu liga, Barcelona selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Rayo Vallecano sementara Antoine Griezmann menjaringk­an dua gol ketika Atletico Madrid menewaskan Real Valladolid 3- 2 untuk berkongsi mata dengan Barcelona dalam aksi La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Gol tunggal Benzema pada minit ke-13 sudah memadai untuk Real naik ke tangga ketiga dengan 29 mata, dua mata di belakang Barcelona, yang bertandang ke Levante pada perlawanan lewat, dan juga Atletico.

Sevilla mempunyai peluang untuk kembali berada di hadapan Real dan berkongsi mata dengan Barcelona dan Atletico jika menewaskan Girona pada perlawanan lewat.

Real bagaimanap­un dipaksa berhempas- pulas oleh Rayo, yang berada di tangga kedua dari bawah liga tetapi hampir mengikat kedudukan pada minit kecederaan sekiranya kapten pasukan, Sergio Ramos tidak menendang keluar bola sebelum m melepasi garisan an gol selepas s penjaga gol T h i b a u t C o u r t o i s menepis cubaan Alex Alegria dan E m i l i a n o Velazquez.

“Ia lumrah rah bola sepak,” ” kata jurulatih Real, Santiago Solari.

“Kerana itu ia adalah sukan yang menarik. Apabila anda tidak bermain dengan baik, apabila semuanya tidak menjadi, anda harus bersedia untuk menderita.” Bintang g Real, , Luka Modric, yan yang menerima anug anugerah Ballon d’O d’Or sebelum pe perlawanan d di Santiago B e r n a - beu, gagal m e m - pamerkan a aksi membe berangsang­kan dengan p e n y o k o n g menyu menyuaraka­n rasa tidak puas hati mereka selepas perlawanan. “Dalam separuh masa kedua, kami boleh menambah jaringan dengan cubaan Marco (Asensio) mempunyai peluang terbaik dan kami tidak melihat sebarang cubaan dari mereka sehingga di saat akhir,” tambah Solari.

“Kami tidak memberikan banyak ruang kepada Rayo dan kami sendiri mencipta beberapa peluang. Bukan memperkeci­lkan Rayo, yang saya fikir pasukan yang hebat tetapi saya fikir kami seharusnya menjaringk­an lebih banyak gol.”

Pada perlawanan awal, Griezmann menjaringk­an gol kemenangan buat Atletico, 10 minit sebelum tamat permainan selepas Valladolid bangkit dari ketinggala­n 0- 2 untuk mengikat kedudukan 2- 2.

Griezmann memainkan peranan penting membuka jaringan apabila umpanan beliau disempurna­kan Nikola Kalinic sebelum beliau sendiri menambah jaringan untuk kedudukan 2-0 pada masa rehat.

Pasukan tuan rumah memulakan separuh masa kedua dengan lebih bersemanga­t dengan gol Fernando Calero membolehka­n Valladolid merapatkan kedudukan pada minit ke- 56 sebelum gol sendiri Enes Unal sembilan minit kemudian mengikat kedudukan 2-2.

Dan ketika Valladolid memburu gol kemenangan, Griezmann menjaringk­an gol kemenangan Atletico selepas pergelutan di hadapan pintu gol ekoran dari satu tendangan sudut. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL PEMBUKAAN: Benzema (kanan) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol pertama Real ketika beraksi pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Rayo Vallecano di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid Sabtu lepas.
— Gambar Reuters GOL PEMBUKAAN: Benzema (kanan) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol pertama Real ketika beraksi pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Rayo Vallecano di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid Sabtu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia