Utusan Borneo (Sarawak)

Smalling terus kekal bersama United sehingga Jun 2022

-

Manchester United mengikat pemain pertahanan tengah, Chris Smalling dengan kontrak baharu tiga tahun setengah, dengan pilihan satu tahun tambahan Sabtu lepas.

“Manchester United dengan sukacita mengumumka­n bahawa Chris Smalling telah menandatan­gani kontrak baharu yang akan mengekalka­nnya di kelab sehingga Jun 2022, dengan pilihan satu tahun lagi,” kata kelab dalam satu kenyataan.

“Ini adalah musim kesembilan saya di kelab dan saya berasa gembira untuk meneruskan perkembang­an saya bersama pasukan ini,” kata Smalling.

“Ia benar-benar satu penghormat­an untuk bermain untuk Manchester United dan kita semua sekarang memberikan tumpuan kepada jadual padat sepanjang musim perayaan.”

Pemain berusia 29 tahun itu memenangi dua trofi Liga Perdana, satu Piala FA, satu Piala Liga dan satu Liga Europa sepanjang 307 penampilan bersama United sejak tiba dari Fulham pad 2010.

Kontrak lama Smalling tamat pada akhir musim semasa ini.

Pengurus United, Jose Mourinho, tidak menyimpan rahsia untuk membeli seorang lagi pemain pertahanan tengah tetapi mengalu-alukan berita di mana Smalling akan terus kekal di kelab.

“Saya sangat gembira kerana Chris telah menandatan­gani kontrak baharu,” kata Mourinho.

“Chris sudah berada di kelab ini sejak beberapa tahun dan sekarang beliau adalah salah seorang pemain senior dalam skuad kami.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia