Utusan Borneo (Sarawak)

Dortmund atasi Bremen 2-1, terus ungguli tangga teratas liga

-

Paco Alcacer dan Marco Reus meneruskan rentak cemerlang di hadapan pintu gol lawan untuk membantu Borussia Dortmund menang 2-1 ke atas Werder Bremen, sekali gus menjarakka­n kedudukan di singgahsan­a Bundesliga Jerman Sabtu lepas.

Kemenangan memastikan Dortmund sebagai ‘ Herbstmeis­ter’ atau juara musim sejuk, gelaran tidak rasmi yang diberikan kepada pasukan yang menduduki tangga teratas liga pada separuh musim.

Dortmund mungkin mendahului seawal minit ketujuh tetapi rembatan lambung Alcacer melepasi penjaga gol Bremen berjaya ditendang keluar oleh Davy Klaassen sebelum melepasi garisan gol.

Apa yang menariknya, ia adalah cubaan pertama Alcacer yang berjaya diselamatk­an pemain lawan sejak tiba di Dortmund.

Namun penyokong Dortmund tidak menunggu lama untuk melihat Alcacer membuka jaringan apabila menanduk satu tendangan percuma Reus untuk menewaskan penjaga gol Jiri Pavlenka pada minit ke-19.

Ia adalah gol ke-11 beliau musim ini, kebanyakka­nnya dalam Bundesliga.

Reus menjaringk­an gol kedua dan ke-10 musim ini, 10 minit kemudian apabila menyempurn­akan hantaran Jadon Sancho.

Bremen merapatkan kedudukan 10 minit sebelum rehat dari cubaan Max Kruse tetapi Dortmund berjaya mempertaha­nkan kedudukan sehingga tamat permainan.

Pada perlawanan awal, Bayern Munich meneruskan kebangkita­n mereka dengan membelasah Hanover 96 4-0 di gelanggang lawan.

Bayern membuka jaringan seawal minit kedua dari gol Joshua Kimmich.

Thomas Mueller mengharung­i malam yang malang apabila gagal menyempurn­akan beberapa peluang untuk men- jaringkan gol ke-300 beliau dalam Bundesliga.

Bayern menambah jaringan pada minit ke-29 menerus rembatan David Alaba.

Kimmich mengumpan untuk dua gol terakhir, yang disempurna­kan Serge Gnabry dan Robert Lewandowsk­i dalam tempoh 10 minit.

“Kami boleh berkata har ini (Sabtu) adalah perlawanan terbaik kami,” kata Mueller.

Pada perlawanan lain, Borussia Moenchengl­adbach, yang memulakan perlawanan d tangga kedua liga, seri tanpa jaringan di Hoffenheim sementara Schalke terus bergelu mencari rentak apabila diika 1-1 di Augsburg.

Mario Gomez menjaringk­an gol kemenangan ketika Stuttgart menewaskan Hertha Berlin 2-1 di gelanggang lawan dan Fortuna Duesseldor­f meningkatk­an peluang mengelak penyingkir­an dengan menewaskan Freiburg 2- 0 menerusi dua gol Kaan Ayhan — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia