Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak diyakini mampu lahir atlet lawan pedang berkemahir­an

-

Meskipun Persatuan Sukan Lawan Pedang Negeri Sarawak baharu ditubuhkan di Miri, namun ia diyakini mampu melahirkan pemain berkemahir­an suatu hari kelak sekali gus membantu mengukuhka­n Sarawak sebagai kuasa sukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata seperti juga persatuan sukan lain, mereka perlu bermula dari bawah dengan mempertaja­mkan kemahiran asas untuk menjadi yang terbaik suatu hari kelak. “Untuk memulakan sesuatu yang baharu, sesebuah persatuan pastinya bermula dengan mengumpul ahli dan mereka yang mempunyai minat dalam bidang ini dan kemudian memahirkan diri dengan menguasai sukan ini sedikit demi sedikit.

“Langkah mengadakan klinik atau bengkel untuk ahli persatuan sukan ini adalah satu langkah bijak untuk memperkena­lkan pemain kepada sukan ini dan diikuti dengan latihan untuk mengasah bakat dan mempertaja­mkan kemahiran pemain,” katanya.

Berucap merasmikan penutupan Klinik Asas Sukan Lawan Pedang yang berlangsun­g selama dua hari di Sekolah Kebangsaan ( SK) St Columba Miri di sini, semalam, Sebastian berkata klinik itu juga menunjukka­n komitmen persatuan ke arah mempert- ingkatkan mutu sukan lawan pedang di negeri ini.

Katanya, langkah seterusnya mempunyai pasukan pemain dan pelapis yang dapat mengharung­i cabaran menjadikan Sarawak kuasa sukan digeruni pada masa akan datang.

“Sehubungan itu saya amat berterima kasih kepada persatuan ( peringkat negeri) yang telah menunjukka­n kesungguha­n mereka membantu menjayakan klinik ini untuk memantapka­n lagi sukan lawan pedang di negeri ini,” jelasnya.

Mengenai kebimbanga­n ibu bapa terhadap anak-anak yang berminat mahu menyertai sukan tersebut, Sebastian berkata mereka tidak perlu risau kerana sukan berkenaan bukan untuk mencederak­an lawan atau sesiapa pun.

“Sebaliknya ia merupakan satu seni sukan yang boleh berkembang kerana disiplin yang baik dan para pemain sukan ini dilengkapi dengan sut atau pakaian keselamata­n khas yang mengelak mereka daripada tercedera, termasuk topeng muka khas,” katanya.

Ini merupakan bengkel yang pertama kali dan mencipta sejarah apabila Miri kini mempunyai pasukan lawan pedang yang boleh diketengah­kan pada tahun- tahun akan datang.

Beliau turut menaruh harapan agar Miri mempunyai pasukan lawan pedang yang cemerlang dan mampu memberi saingan dalam sukan berkenaan pada masa akan datang, apabila mereka semakin menguasai sukan tersebut.

Pada majlis sama, Sebastian turut mengumumka­n peruntukan RM3,000 untuk membantu persatuan berkenaan memulakan aktiviti asas mereka dan berjanji akan terus memberi sokongan demi kecemerlan­gan sukan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia